Ahad, 23 September 2018

Dinasour Kingdom




Rawang, Selangor Ahad 23 Sep 2018. Hobi kami anak beranak memang suka bejalan. Tak dapat pegi yang jauh yang dekat pun jadila. Kali ni kami ke Dinasour Kingdom di Rawang bagi merasi suasana dan melihat dinasour-dinasour yang seolah-olah hidup dijanakan oleh kuasa elektrik. Memang menarik dengan deruman suara dinasour. Harraz memang cukup suka datang sini apatah lagi dia memang obses dengan binatang. Koleksi dinasour kat rumah sahaja dah ada dekat sepuluh. Daripada yang getah sampailah yang plastik.

Kami sekeluarga bertolak dari rumah pada tengahari selepas menjamu selera nasi lauk kampung di bangi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam nak sampai sana. Masa sampai tu MasyaAllah ramainya orang. Nak dapatkan parking pun susah. Tapi nasiblah orang bertali arus ada yang pergi dan ada yang pulang. Alhamdulilah walaupun terpaksa menunggu sekejap untuk dapatkan parking akhirnya dapat juga.

Dari parking nak ke tapak expo tu kena jalan kaki. Jauh jugak la dalam 500 meter huhuhu. Lepas dapatkan tiket (kami beli online sebab lagi murah) kena melalui checking line  untuk masuk ke dalam. Abis digeledahnya beg kami. Paling menghairankan air mineral pun tak boleh nak bawak masuk. Memang nak bagi untung kat peniaga food truck ni huhuhu. Erm lantaklah dah peraturan dia nak wat camne. Masa tu memang tengah panas lit-lit. Ingatkan bawak senanglah nanti nak minum. Rupanya kena membeli kat dalam tu. Tapi aku berjaya gak seludup masuk air tin nescafe sebab aku letak siap-siap dalam poket belakang seluar jeans aku hahahaha. Dia check beg je tak check body so selamatla.

Hampir seharian kami kat sana. Dari pagi sampaila malam. Almaklumlah bayar tiket mahal takkan nak datang kejap pastu balik kan. Hampir semua tempatlah kami masuk. Harraz merasa menunggang Triceretop Dinasour, main tembak-tembak dengan dinasour, naik space ship, main play ground dan naik bot kecik berkepala dinasour (berani plak dia. selalunya penakut hahahaha). Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah ada show crew bersama-sama dinasour pada sebelah malamnya. Memang menghiburkan. Cerita seolah-olah di zaman dinasour di antara puak pemburu dengan kaum asli yang menentang pemburuan haram dinasour neh. Lepas abis show tu barulah kami balik. Puas hati la.