Isnin, 24 September 2012

Terima Kasih Sebab Wish Birthday Saya.. (",)


Dah lama sangat rasanya aku tak menaip kat dalam blog ni.. Rasa dah jadi cam tukun plak hehehe.. Nak kata sibuk sangat tak jugak.. Internet takde.. ermm maybe gak kot almaklumlah broadband pra bayar.. kalau rajin aku topup.. kalau ada lebihan duit aku topup.. kalau tak jadi camnila terbiar jek.. dulu masa dok sarawak rajin gak main game kat FaceBook.. tapi sekarang ni langsung tak main dah..

Apa motif aku rajin nak menaip malam ni ek.. owh yea hampir telupa plak.. sebenarnya aku gatal tangan nak menaip malam ni sebabnya aku nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih pada semua teman-teman aku, kawan-kawan aku yang telah bersusah payah mengingati tarikh kelahiran aku.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK YANG TAK TERHINGGA.. doa kalian hanya Allah saje yang mampu membalasnya..


Syukur alhamdulilah aku panjatkan doa kehadrat ilahi kerana limpah dah izinnya aku masih lagi mampu bernafas hingga ke hari ini.. Terima kasih yang TERISTEMEWA juga buat IBU yang telah melahirkan aku, Arwah Bapaku yang telah bertungkus lumus membesarkan aku, ISTERIku Tersayang yang telah membelaiku dan seluruh ahli keluargaku.. Aku SAYANG kalian semua hingga keakhir hayat aku..

Perjalanan hidup masih panjang tapi usia semakin meningkat.. Ya Allah kau berkatilah perjalanan hidup aku.. kurniakanlah kesempurnaan dalam keluarga dan rumah tanggaku.. hanya engkau yang maha berkuasa untuk menentukan qada dan qadar ku.. kurniakanlah kebahagiaan keatas diriku dan keluargaku hingga ke akhir hayat.. Amin Ya Rabbal Alamin....

P/S Sebenarnya banyak entry yang aku dah buat tapi masih dalam peringkat draf especially album kahwin aku.. insyAllah nanti aku akan publish satu persatu k.. 



Jumaat, 7 September 2012

Isnin, 6 Ogos 2012