Setelah puas meronda-ronda di Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Kellie's Castle membuatkan perot aku dan tunangku meronta-ronta berkeroncong kelaparan.. Maklumlah masa berjalan tu tak hengat nak makan sebab mengejar masa takut-takut tempat yang dituju tak sempat untuk dilawat.. Apa yang sempat dibeli hanyalah keropok lekor, cucur cempedak ngan air kelapa muda sebagai alas perot..
Sebelum bertolak balik dari Kellie's Castle tu sempatlah jugak kami membeli dan makan aiskrim magnum sorang satu.. Hahaha walaupun kesejukan dek kebasahan akibat kehujanan masih tergambar lagi kepuasan memakan aiskrim walaupun perot sebenarnya memberontak mahukan di isi nasi..
Tengoklah riak muka kami bila dapat makan aiskrim.. Hahaha macam tak pernah makan (",).. Tapi memang sedap pun.. Nak beli lagi lah hehe..
Perjalanan diteruskan dan lokasi yang kami pilih bagi melengkapkan tuntutan perot yang sedang lapar ialah di sebuah restoran tepi jalan bersebelahan pusat servis EON dan berhampiran dengan tol Simpang Pulai.. Nama restoran tu ialah K.M.M Tomyam.. Wow sebut je pasal tomyam melambung-lambung terus tahap kelaparan aku sebabnya tomyam sememangnya menjadi kegemaran aku hehehe.. Bila saja berpeluang dapat balik ke semenanjung antara menu wajib yang menjadi pilihan aku adalah tomyam dan sup.. Bukan kat Kuching tu takde langsung cuma rasanya kurang menepati citarasa aku.. Jangan marah yea hehe..
Menu pilihan aku malam tu ialah nasi goreng kerabu, telur dadar berserta tomyam campur.. Manakala tunangku memesan nasi goreng pataya.. Jemput makan semua.. Alhamdulilah makanannya memang sedap dan tomyamnya terangkat.. Hahaha tergambar kepuasan dan kenikmatan makan malam.. Terima kasih Allah kerana masih memberikan kami rezeki dan kenikmatan rezeki kurniaanMu.. Sesungguhnya kami hamba yang lemah...Amin
Selesai sahaja makan dan membayar harga makanan, tepat jam 8.30 malam kami pon mula bergerak balik menuju Ipoh.. Maka selesailah aktiviti kami untuk hari ini.. Sampai bilik rehatkan diri sebab esok kami akan ke destinasi lain pula.. TAIPING................ TUNGGU KEDATANGAN KAMI ESOK YEA (",)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan