Sweet Memories



Setiap orang ada perasaan untuk mencintai dan dicintai.. Begitu juga dengan aku.. Mengimbau detik-detik pertemuan kali pertama di UKM semasa Latihan Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES IPTA pada tahun 2008 sering membuat aku tersenyum sendirian.. 

Siapakah Gerangan Si Gadis Manis Yang Berjaya Mencuri hatiku Ini..

Kali pertama bertentang mata di dalam Dewan Watikah membuatkan aku terasa ingin mengenalinya.. Bermulalah episod saling berkenalan dan aku berjaya mendapatkan nombor handphone nya.. hahaha berlagak Gentleman pada masa itu.. Maka bermula dari hari itu kami saling berSMS, talipon dan keluar bersama walaupun pada ketika itu masing-masing sibuk dengan tugasan..

Sepanjang 2 minggu perkenalan kami di UKM banyak juga masa kami luangkan bersama. (bukan curi tulang ok).. ini disebabkan tugasan yang kami laksanakan adalah sama cuma berlainan IPTA.. Disebabkan itulah dapat memberikan peluang pada aku untuk sering bersama dengannya.. best kan hehehe.. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga lubuk hatiku sehingga kini satu ayat yang banyak mengingatkan tentang kami berdua... nak tau apa dia? hehehe

"SAYA TAK KIRA TUAN SAYA NAK MAKAN CHICKEN CHOP JUGAK"

Kalau korang fikir takda yang menarik pun pada ayat tu kn.. tapi rahsianya hanya kami berdua je yang tahu hahaha.. (mana boleh pecah lubang semua hehehe)..

Perkenalan kami terus terjalin selama 3 tahun 5 bulan 29 hari dan pada detik bersejarah tanggal 24 DISEMBER 2011 kami berdua telah disatukan dalam IKATAN PERTUNANGAN.. So sweet (",)

Ikuti detik-detik saat bahagia pertunangan kami yea (",)







































Alhamdulilah majlis pertunangan kami selamat disempurnakan dengan baik dengan izin Allah.. Kedua-dua belah pihak iaitu keluarga aku dan keluarga tunanganku merestui perhubungan kami berdua.. InsyAllah kami bakal di Ijabkabulkan dalam sedikit masa lagi.. Aku merasa amat bersyukur kepada Allah dan sesungguhnya aku amat mencintaimu NURUL ADHA BINTI YAHAYA.. NOW AND FOREVER..

SEMOGA JODOH KITA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH BERKEKALAN SEHINGGA AKHIR HAYAT.. AMIN..

P/S Doakan kebahagiaan kami berdua yea.. TQ (",)


1 ulasan:

  1. eik, tuan...sama tarikh la pertunangan kita...saya pon 24 dis 2011 ri tu... Tunang saya orang Pahang... anyway, tahniah tuan (^___^)

    BalasPadam