Sabtu, 14 Januari 2012

GO..GO..GENTING..

Sekali dah pegi pasti nak pegi lagi hahaha tu la yang boleh aku ibaratkan bila berpeluang jalan-jalan kat Genting Highland ni.. Memula pegi tu survey dulu almaklumlah bukannya tau apa-apa sebab dulu-dulu tak berpeluang nak pegi.. Bila dah keja ni barula ada kesempatan skit.. Tu pon bukannya bermalam kat sana cuma pegi balik hari je..



Setakat ni dah 3 kali aku jalan-jalan kat sana.. Kali yang pertama dan kedua tu aku drive sendiri sampai atas.. Fuhhhh mencabar gak jalan dia.. Kalau keta condition dia tak berapa bagus baik jangan drive sendiri.. Cuma kali yang ketiga tu aku rasa nak try naik kereta kabel pulak lah.. Kalau orang tanya kira berpengalaman la jugak naik kereta kabel naik ke genting huhuhu..

Hah nampak tak cable car kat belakang aku tu.. bukti tu k hehehe
Aku pegi naik atas tu takdela pegi sorang-sorang.. mana best beb kenala pegi bedua baru nampak cam honeymoon skit hahaha jangan jeles..

Haha take a look who with me..(",)
Asik sembang je jom lah kita layan gambar2 je k.. Sebab orang-orang kata dengan tengok gambar je pon dah boleh menceritakan segalanya.. Betol tak.. (bukan orang lain je kata..aku pon kata camtu gak hehehe).. Jom layan...

Tiga kali naik genting baru skali berpeluang naik menatang ni.. asik penuh orang je.. tak pon bila sampai turn times out plak..hishh

Naik Pirate Ship.. Orang lain sibuk menjerit kitaorang selenga jek.. camtakde perasaan hahahaha
Genting... Piss Yoooo
Comelnya... Alah mamat kat belakang tu merosak gambar betol la...
Snow World.. Grrrr Sejuk...
Cam kat Eskimo kan hehehe perasan..
Kami berdua makan ni je.. Tapi MasyAllah mahal...
Hanya mampu ambik gambar latar belakang First World je.. Nak menginap blom berpeluang lagi hehehe..
Amenda yang aku buat tu???
Aku bukan nak terjun lah.. ambik gambar je masa dalam cable car tu...

Nasi campur mahal... layan McD lah hehehehe

Saje posing... 

Rasanya cukup dah kot gambar-gambar tu... Mana bleh tunjuk banyak-banyak pecah ar nanti rahsia aku hahaha.. Sampai jumpa lagi... GENTING.... PISSSSSS YOOOOO!!!!!!....


Khamis, 12 Januari 2012

ANNAH RAIS..SARAWAK


Annah Rais sememangnya satu nama asing bagi mereka-mereka yang tidak pernah datang ke Sarawak atau berkhidmat di Bumi Kenyalang ini.. Lokasinya agak terpencil, jauh daripada bandar kuching tetapi memiliki satu daya tarikan yang unik kepada pelancong-pelancong yang ingin datang bercuti di Sarawak.. Bagi aku sendiri setelah 8 tahun berkhidmat disini, ini adalah merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Annah Rais.. Dengan perjalanan hampir 2 jam dengan menaki kereta daripada Kota Samarahan bersama dengan tunangku kami dihidangkan dengan pemandangan gunung dan bukit yang menghijau cantik saujana mata memandang yang akhirnya membawa aku sampai disini..


Tengah tengok map rumah panjang..
Buat pengetahuan korang, apa yg istimewanya di Annah Rais ini ialah ia merupakan salah satu daripada perkampungan tradisi bagi masyarakat budayuh yang masih wujud dan mengekalkan ciri-ciri keunikan rumah panjang yang sebenar bagi masyarakat bidayuh.. Walaupun dikejar dengan pembanggunan yang pesat seiring dengan kemajuan ekonomi negeri Sarawak namun kampung ini masih lagi berjaya mengekalkan tradisinya sehingga ke hari ini dan menjadi tumpuan pelancong saban waktu..Ketika aku sampai disini juga terdapat beberapa kumpulan pelancong daripada semenanjung termasuklah pelancong daripada luar negara.

Jom bersama-sama dengan aku kita nikmati keindahan dan keunikan rumah panjang masyarakat bidayuh di Annah Rais ini..

Indahnya pemandangan
Pintu masuk rumah panjang.. jom ikut aku
Penyambut tetamu hehe

Nampak tak tengkorak dalam sangkar tu.. real beb
The Headhouse atau dalam bahasa bidayuh dipanggil Panggah



Memang cantik dan bersih sungai ni.. kalau dapat mandi syok gilee












Ada Homestay kat sini.. ni aku tengah baca aktiviti-aktiviti yang diaorang sediakan



Selain daripada keunikan rumah panjang masyarakat bidayuh di Annah Rais ini, terdapat satu lagi daya tarikan utama pengunjung tak kira pengunjung tempatan atau dari luar untuk datang kesini adalah HOT SPRING nya.. Aku berkesempatan juga untuk pergi ke hot spring tapi bukan untuk mandi cuma sekadar melakukan tinjauan saje sebab kami tak bawak baju mandi hehe..



Oleh sebab kami tak bawa baju mandi dan nak masuk pun kena bayar maka kami sekadar lepak-lepak sambil menjamu selera di satu kedai makan berhadapan dengan pintu masuk hot spring.. Menunya ialah Nasi Goreng Jagung pucuk manis.. Sedap taw (",) So kepada korang yang nak datang kesini jangan lupa singgah ke rumah panjang dan hot spring sambil merasa masakan nasi goreng jagung pucuk manis yang sedap ni huhuhu..




Lepas makan tu kami pon bergerak balik.. Cadangnya nak singgah kejap kat Borneo Highland Resort tapi pak guard tu tak benarkan plak sebab kata dia kalau nak naik kena buat tempahan dulu.. Hampeh tol.. Orang dah tak bagi nak buat camne kan.. Maka baliklah kami dengan hampa (",)





Rabu, 11 Januari 2012

HORNBILL STEAMBOAT


Seronoknya bila bercerita tentang makan.. Dapat makan itu dapat makan ini semuanya dah terbayang dimata hehehe.. Alamak tetiba terasa lapar pulak.. Aura betol la bila bab makan ni.. BMI pon makin naik hahaha JAHANAM aku.. 

Pada penghujung tahun lepas aku bersama buah hati tersayang (tunang aku k) telah pergi ke satu restoran steamboat yang pada aku memang best dan sedap di bandar Kuching.. Restoran tu namanya HORNBILL STEAMBOAT RESTORANT.. Pilihan makanan memang cukup banyak, pilih je nak makan apa kompem kenyang gile.. Steamboat kat sini style SUP dan BBQ.. Tak mahal pon satu kepala baru RM18.. Korang nak makan banyak mana pon tak kisah asalkan abis sebab kalau tak abis dia akan kenakan surcharge sebab membazir.. Bagus jugak kan selain dapat mengelakkan amalan membazir dari segi agama pon dah kata membazir tu amalan setan.. Eiii takmo aku ikut setan.. Neraka jahanam jawabnya..

Mula-mula makan tu kami ambik sikit je dulu macam ayam merah, daging merah, udang, kerang, sayur, fishball, fishcake, dan macam2 lagilah tapi semua sikit2.. bila dah start makan tu SEDAP!!!! sampai aku rasa ada 4 kali aku mengulang amik hahahaha.. (tu bukan setakat makan tp dah tahap kedarah namanya ).. Last sekali bila semua makanan dah abis kitaorang penutup dengan aiskrem.. Wow 2 mangkok kami balun hehehe..

Korang pon mesti penah makan steamboat kan.. so korang pon mesti tau camne bestnya.. Oleh kerana disebabkan best dan sedap dalam masa 3 hari 2 kali kami datang makan kat situ hehehe.. Jom LAYAN!!!!!



































P/S Kami berdua memang suka makan hehehehehe...