|
Jangan Pandang Belakang.. Hehehe |
Diam tak diam rupanya hari ini adalah hari terakhir aku berada di bumi Kota Samarahan Sarawak.. Bumi yang telah aku diami selama hampir 8 tahun demi untuk mencari rezeki sesuap nasi.. Terasa sedih pun ada sebab selama aku berada kat sini terlalu banyak kenangan manis suka duka yang aku lalui.. Daripada badan aku yang sekeping kini dah semakin membulat.. Semuanya bermula di bumi Sarawak ini hahaha..
Persiapan awal sebelum bertukar ke Kuala Lumpur memang aku dah mulakan sejak dari 2 minggu yang lepas.. Daripada mengemas, membungkus, mengotak semuanya aku buat secara sambil-sambilan.. Kadang-kadang ikut mood jugak sebab kadang-kadang aku confius mana satu yang aku nak kemas dulu.. Maklum je lah sejak aku duduk kat sini dari tahun 2004 dah macam-macam yang aku beli.. Sampaikan bilik aku yang tak berapa besar ni dah terasa semakin mengecik dek kerana khazanah yang terkumpul.. Orang bujang tapi barang-barang dah macam orang berkeluarga hehehe..
Persiapan akhir sebelum aku bertukar keluar ni aku dah mulakan sejak dari hari rabu yang lepas yang mana aku diwajibkan untuk membuat penyelesaian tugas di Pangkalan Udara Kuching.. Banyak tempat jugak yang aku kena pegi semata-mata untuk dapatkan tandatangan bagi tujuan clearance tugas.. Dari satu tempat ke satu tempat.. Dari seorang kepada seorang yang aku kena jumpa dan mengadap.. So far alhamdulilah dalam masa 3 hari semua proses clearance berjaya aku selesaikan.. Pada dasarnya nampak macam senang sebab just mintak tandatangan je tapi situasi akan bertukar membosankan bila orang yang kita cari yang kita tunggu tak dapat dikesan.. Haii clearance kena selesaikan jugak maka terpaksalah aku menunggu sambil melepak... Terima kasih kepada tuan-tuan dan semua yang membantu aku bagi mempercepatkan proses clearance yea..(",)
Hari ini merupakan hari terakhir jugak bagi aku mengemas segala barang-barang sebab sekejap lagi sebuah syarikat perkhidmatan kontena yang telah ditugaskan mengangkut dan memindahkan semua barang-barang aku balik ke semenanjung akan datang.. Punyalah aku pulun dari pagi semata-mata nak memastikan semua barangan aku tu terkumpul dan tak ada yang tertinggal.. Bungkus punya bungkus aku ingatkan sikit.. Sekali dah siap packing semuanya ada lebih kurang 21 kotak.. Nak kau ambik hahahahaha.. Takdela banyak sangat kan (",)..
|
Ni Belum Termasuk TV, Peti Sejuk Dan Kerusi Urut (",) |
Tepat jam 4.30 petang sebuah lori muatan panjang pun sampai.. Amboi perli aku ke tu hehehe.. Disebabkan TV dan peti sejuk aku takde kotak maka secara automatik aku suruh diaorang yang packing.. Walaupun pada hakikatnya memang sepatutnya diaorang yang packingkan semua.. Tapi kalau nak tunggu diaorang buat semua alamat sampai kemalam pun tak siap lagi.. Patot diaorang kena bayar aku lebih sebab aku dah tolong packing siap-siap sebelum ni.. Korang nak tau pe dia barang-barang aku tu.. Hehehe tengok kat bawah ni...
|
My Lovely Kapcai |
|
Dah Lama Aku Tak Karaoke Ni.. |
|
Mesin Urut Kaki Ada 3.. |
|
Penapis Air Yang Tak Penah Guna Langsung.. |
|
Sejak Laptop Aku Ada Problem Woofer Ni Tak Penah Digunakan Lagi.. |
|
DVD Player 'n' Shark Hand Massage.. |
|
Penghibur Di Bilik.. |
|
Mini Bar Yang Sentiasa Kurang Isinya.. |
|
Home Theatre Ni Pon Baru Sekali Aku Pasang.. Bilik Sempit Beb.. |
|
Lengkap Dah Ni Kalau Nak Masak..(",) |
|
Macam-Macam Ada Dalam Kotak Tu.. Hehe |
|
Letih-Letih Syok Beb Duduk Kat Kerusi Urut Ni...(",) |
Ni la dia sebahagian daripada barangan yang aku bawak balik.. Yang kecik-kecik tu takyah la aku tunjuk kan.. So far kalau kapal kontena tu begerak awal dari Pelabuhan Pending maka sampai awal la juga kat Pelabuhan Klang.. Jadi sementara tu nanti kat tempat kerja baru terpaksalah aku menumpang orang dulu nak pegi keja pasal motor kapcai aku tak sampai lagi.. Nak menapak jauh beb..Harap-harap barang-barang aku ni nanti sampai dengan selamat tanpa ada kehilangan walau satu pun.. Syarikat kontena korang kena pastikan k.. Kalau tak aku tuntut ganti rugi 3x ganda...
Esok tengahari seperti yang aku dimaklumkan jadual penerbangan aku adalah pada jam 1155 tengahari.. Maka dengan itu seusai je kapal terbang yang aku naiki tu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching maka Sayonara lah bumi Kenyalang buat sementara waktu.. Jika ada umur yang panjang dan ada rezeki insyAllah aku akan kembali lagi.. Tapi lepas ni sebagai pelancung pula hehehe..
wah...dah lapan tahun tuan dok swak... kami anak bumi kenyalang pun dah lama berhijrah dr swak...btol, dari tuan sekeping sehingga membulat..hahahaha Jutaan terima kasih tuan atas tunjuk ajar selama nie...all de best (^___^)
BalasPadamselamat berangkat tuan..datang la melawat kami di unimas ni lagi..huk3..jumpa lagi...
BalasPadamserapi 4.........
BalasPadam