Muar, Sabtu 3 Nov 2018. Selepas je pekena kopi 434 kami terus lajak ke Jurasic Park bagi memenuhi ke excited tan Harraz nak tengok dinasour. Mujur tak berapa jauh nak ke sana lebih kurang 15 mint je. So sempatla nak melepaskan gian dia sebelum tempat tu ditutup pada jam 6.30 petang. Takde tiket masuk tau percuma je tapi kalau nak main-main dalam tu tetap kena bayar yea hehehe. Naik tren pusing-pusing taman dinasour RM10 sorang, Main langar-langgar keta RM5, Menunggang dinasour RM10, naik boya dinasour RM10. Harraz naik tren je yang lain dia tak minat.
Tempat tu takdela besar sangat. pusing sekejap je abis dah. Sebab dah takde benda nak tengok last skali tempat wajib yang Harraz taknak tinggal mestilah tempat jualan dinasour. Mainan confirm pada dia. Boleh side-roll kat situ dia kalau tak dibelikan hahaha. Mak dia pun pilih-pilihla mainan yang harga patut tapi puas hati. Dapatlah sebungkus dinasour yang dalamnya ada 5 ekor dengan harga RM25. Yang penting Harraz hepi hahaha. Sebelum balik kami gambar-gambar dulu belakang dinasour. Tak banyak pun tapi cukupla untuk dijadikan kenangan. K BYE...
|
Suka Harraz Dapat Menambah Koleksi Dinasour Dia |
|
Menjelajah Jurasic Kingdom Dengan Tren |
|
Feberet Dinasour Harraz |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan