Rabu, 28 Mac 2012

Bilik Baru Aku Di Mes PUKL


Alhamdulilah tadi petang lebih kurang jam 2 pesawat yang aku naiki daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT).. Bumi Kenyalang telah pun aku tinggalkan dan kini destinasi aku seterusnya adalah Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL).. Yea disanalah tempat baru bagi aku memulakan tugas aku yang baru nanti.. Daripada LCCT aku memulakan perjalanan dengan menaiki bas menuju ke KL Sentral.. Ini adalah disebabkan tiada bantuan kenderaan yang dapat digunakan bagi mengambil aku di lapangan terbang disebabkan mempunyai tugasan lain disamping kekurangan kenderaan di markas.. Tapi tak mengapalah sebab ini bukan kali pertama aku terpaksa datang sendiri malah boleh dikatakan selalunya memang aku terpaksa datang sendiri walaupun atas tugas rasmi..

Sejurus sahaja tiba di KL Sentral kenderaan yang ditugaskan mengambil aku sudah sedia menanti.. Tanpa berlenggah aku terus sahaja mendapatkan kenderaan dan terus sahaja bergerak menuju ke PUKL.. Aku mengambil keputusan tidak mahu singgah di pejabat sebaliknya terus sahaja menuju ke Wisma Pegawai kerana disitulah bakal menjadi penginapan aku yang baru sepanjang aku bertugas di sini selepas ini.. Setibanya di wisma aku meletakkan barang-barangku di bilik sahabatku buat sementara waktu kerana selepas ini aku akan terus menuju ke pejabat wisma bagi memohon bilik penginapan dan seterusnya mendapatkan kunci bilik..

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan kunci bilik penginapan sudah berjaya aku dapatkan.. Inilah dia bilik penginapanku yang baru (",)..








Syukur alhamdulilah.. Biliknya taklah berapa besar tapi pada aku cukup selesa.. Pada masa gambar ni diambil aku baru je siap mengemas, menyapu, mengelap dan membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan oleh penginap yang lama sebelum aku.. Nampakla bersih sedikit kan (",)

Buat masa ni barang-barang aku masih lagi belum dikemaskan sepenuhnya.. Hanya baru mengemas mana-mana barang yang perlu sahaja dahulu.. Yang lainnya kemudianlah aku kemas.. Biar dulu dalam beg lagi pun takde la nampak bersepak jugak tol tak hehehe...





Selamat Tinggal Kota Samarahan.. Selamat Tinggal Sarawak.

Jangan Pandang Belakang.. Hehehe
Diam tak diam rupanya hari ini adalah hari terakhir aku berada di bumi Kota Samarahan Sarawak.. Bumi yang telah aku diami selama hampir 8 tahun demi untuk mencari rezeki sesuap nasi.. Terasa sedih pun ada sebab selama aku berada kat sini terlalu banyak kenangan manis suka duka yang aku lalui.. Daripada badan aku yang sekeping kini dah semakin membulat.. Semuanya bermula di bumi Sarawak ini hahaha..

Persiapan awal sebelum bertukar ke Kuala Lumpur memang aku dah mulakan sejak dari 2 minggu yang lepas.. Daripada mengemas, membungkus, mengotak semuanya aku buat secara sambil-sambilan.. Kadang-kadang ikut mood jugak sebab kadang-kadang aku confius mana satu yang aku nak kemas dulu.. Maklum je lah sejak aku duduk kat sini dari tahun 2004 dah macam-macam yang aku beli.. Sampaikan bilik aku yang tak berapa besar ni dah terasa semakin mengecik dek kerana khazanah yang terkumpul.. Orang bujang tapi barang-barang dah macam orang berkeluarga hehehe..

Persiapan akhir sebelum aku bertukar keluar ni aku dah mulakan sejak dari hari rabu yang lepas yang mana aku diwajibkan untuk membuat penyelesaian tugas di Pangkalan Udara Kuching.. Banyak tempat jugak yang aku kena pegi semata-mata untuk dapatkan tandatangan bagi tujuan clearance tugas.. Dari satu tempat ke satu tempat.. Dari seorang kepada seorang yang aku kena jumpa dan mengadap.. So far alhamdulilah dalam masa 3 hari semua proses clearance berjaya aku selesaikan.. Pada dasarnya nampak macam senang sebab just mintak tandatangan je tapi situasi akan bertukar membosankan bila orang yang kita cari yang kita tunggu tak dapat dikesan.. Haii clearance kena selesaikan jugak maka terpaksalah aku menunggu sambil melepak... Terima kasih kepada tuan-tuan dan semua yang membantu aku bagi mempercepatkan proses clearance yea..(",)

Hari ini merupakan hari terakhir jugak bagi aku mengemas segala barang-barang sebab sekejap lagi sebuah syarikat perkhidmatan kontena yang telah ditugaskan mengangkut dan memindahkan semua barang-barang aku balik ke semenanjung akan datang.. Punyalah aku pulun dari pagi semata-mata nak memastikan semua barangan aku tu terkumpul dan tak ada yang tertinggal.. Bungkus punya bungkus aku ingatkan sikit.. Sekali dah siap packing semuanya ada lebih kurang 21 kotak.. Nak kau ambik hahahahaha.. Takdela banyak sangat kan (",)..

Ni Belum Termasuk TV, Peti Sejuk Dan Kerusi Urut (",)
Tepat jam 4.30 petang sebuah lori muatan panjang pun sampai.. Amboi perli aku ke tu hehehe.. Disebabkan TV dan peti sejuk aku takde kotak maka secara automatik aku suruh diaorang yang packing.. Walaupun pada hakikatnya memang sepatutnya diaorang yang packingkan semua.. Tapi kalau nak tunggu diaorang buat semua alamat sampai kemalam pun tak siap lagi.. Patot diaorang kena bayar aku lebih sebab aku dah tolong packing siap-siap sebelum ni.. Korang nak tau pe dia barang-barang aku tu.. Hehehe tengok kat bawah ni...

My Lovely Kapcai
Dah Lama Aku Tak Karaoke Ni..
Mesin Urut Kaki Ada 3..
Penapis Air Yang Tak Penah Guna Langsung..
Sejak Laptop Aku Ada Problem Woofer Ni Tak Penah Digunakan Lagi..
DVD Player 'n' Shark Hand Massage..
Penghibur Di Bilik..
Mini Bar Yang Sentiasa Kurang Isinya..
Home Theatre Ni Pon Baru Sekali Aku Pasang.. Bilik Sempit Beb..
Lengkap Dah Ni Kalau Nak Masak..(",)
Macam-Macam Ada Dalam Kotak Tu.. Hehe
Letih-Letih Syok Beb Duduk Kat Kerusi Urut Ni...(",)
Ni la dia sebahagian daripada barangan yang aku bawak balik.. Yang kecik-kecik tu takyah la aku tunjuk kan.. So far kalau kapal kontena tu begerak awal dari Pelabuhan Pending maka sampai awal la juga kat Pelabuhan Klang.. Jadi sementara tu nanti kat tempat kerja baru terpaksalah aku menumpang orang dulu nak pegi keja pasal motor kapcai aku tak sampai lagi.. Nak menapak jauh beb..Harap-harap barang-barang aku ni nanti sampai dengan selamat tanpa ada kehilangan walau satu pun.. Syarikat kontena korang kena pastikan k.. Kalau tak aku tuntut ganti rugi 3x ganda...

Esok tengahari seperti yang aku dimaklumkan jadual penerbangan aku adalah pada jam 1155 tengahari.. Maka dengan itu seusai je kapal terbang yang aku naiki tu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching maka Sayonara lah bumi Kenyalang buat sementara waktu.. Jika ada umur yang panjang dan ada rezeki insyAllah aku akan kembali lagi.. Tapi lepas ni sebagai pelancung pula hehehe..




Khamis, 22 Mac 2012

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan


Assalamualaikum…

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.




Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.




SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.  
P/S  Informasi ini aku dapatkan daripada blog paapaada yang pada aku sangat bermanfaat sekiranya dikongsikan bersama.. Semoga kita semua sentiasa beroleh perlindungan daripada yang Maha Esa dan terhindar daripada gangguan makhluk Laknatullah.. Dan jangan sesekali kita bersekutu dengannya.. Sesungguhnya azab neraka itu amat pedih.. 

Kredit Kepada Blog Paapaada




Isnin, 19 Mac 2012

Persiapan Awal Nak Ber Posting


Erm dua minggu je lagi masa yang tinggal sebelum aku berpindah kerja kat KL.. So hari minggu yang takde keja ni aku manfaatkan dengan mengemas sikit barang-barang aku yang berlambak tu untuk di bawak balik.. Bermula dari petang semalam aku dah start packing mana-mana barang yang besar dan masukkan dalam kotak.. Mana yang dah sedia ada dalam kotak tu aku seal kan balik supaya lebih kemas dan isi dalamnya tak terburai masa orang kontena tu mengangkut barang-barang aku.. Maklumlah kadang-kadang diaorang ni buat kerja pon bukannya ikhlas habis semua barang-barang aku kang dicampaknya..

Kalau difikirkan orang bujang cam aku ni mana patot ada barang yang banyak kan.. Tapi nak buat camne aku pon bukannya duduk sekejap kat kuching ni.. Dah 8 tahun so macam-macam la yang aku dah beli dan kumpul sejak tahun 2004 tu huhuhu.. Tu baru barang-barang blom kira baju-baju pulak.. Penuh dah satu almari sampai dah tak tau nak selitkan kat mana.. Dari yang terpakai sampailah yang masih berbungkus lagi dalam plastik.. Aku kira-kira yang masih dalam plastik aje dok ada dekat 15 helai.. MasyAllah banyaknya.. Baju free orang bagi ambik je la hehehe.. Nasib baiklah sejak dari hari raya tahun lepas aku dah start bawak balik kampung skit-skit mana-mana barang or baju yang aku rasa dah taknak guna lagi.. Daripada aku buang lebih baik aku bagi kat anak sedara aku kat kampung tu.. Boleh jugak diaorang guna buat basahan.. Ehhh pandai je korang.. Baju elok lagi OK!! Kalau baju dah teruk aku sendiri pon taknak pakai baik aku buang je dari berat-berat nak bawak balik kampung.. Ada paham... Hehehe sorry ter-emo plak (",)

Guna Kamera HP Murah Tu Yang Gambar Tak Clear..
So far tak banyak sangat pun yang berjaya aku packing semalam.. Masih banyak lagi kat bilik tu yang menanti untuk dikemas.. Setakat ni yang aku dah packing dan seal balik kotaknya macam Set Home Theatre, Mesin Urut Kaki, Mesin Penapis Air, Printer, Dapur Multifunction, Sub-Woofer, DVD Player n ada dua tiga barang lagi la.. Mana-mana barang yang aku dah kemas tu aku masukkan dalam bilik lain supaya senang aku nak mengemas bilik nanti.. Tapi sekarang ni pun kalau tengok bilik aku dah macam tongkang pecah.. Bersepah ngan barang-barang.. Yeala kan orang tengah kemas barang mana ada nak teratur lagi barang-barang dalam bilik tu huhuhu.. 

Petang n malam ni nak sambung lagi mengemas maybe kemas baju-baju pulak kot.. Adeh serabut gak nak mengemas yang mana satu dulu.. Takpelah buat pelan-pelan sebab lepas ni aku nak kena berurusan ngan pihak kontena pulak.. So bila dah kemas sikit-sikit ni senang la nanti diaorang nak angkut.. Lagipun bila aku yang kemas sendiri bolehla aku susun ikut citarasa aku sendiri yea tak .. 

OKlah untuk catatan hari ini setakat tu je dulu idea yang aku ada.. Nanti next idea aku post lagi yea pasal mengemas barang ni.. Tak sabar dah nak balik KL ni hehehe (",)

P/S Takde yang sudi nak tolong ke (",)




Ahad, 18 Mac 2012

Merayap D' Pasar Satok


Minggu ni maybe last week peluang untuk aku jalan-jalan kat Pasar Satok @ kuching kot.. Nak tau sebab apa? Sebab aku dah nak posting balik KL hehehe.. Ermm lagi 2 minggu bumi Sarawak bakal aku tinggalkan.. Tapi mungkin takla selamanya sebab lepas ni pun tugas aku kat tempat baru masih boleh bagi aku peluang datang sini balik jalan-jalan free (",)..

Petang tadi lebih kurang pukul 2.30 petang aku merempit dengan kapcai QAM aku tu menuju ke Pasar Satok Kuching.. Tujuan aku takde lah specifik pun nak pegi sana tu cuma nak beli dua tiga barang je.. Kebetulan hari ni ada pasar minggu.. Kat Kuching ni Pasar Satok la yang paling top.. Nak cari barang-barang dapur ke, baju-baju ke, buah-buahan ke, ikan terubuk masin ke belambak kat sini murah-murah hehehe..

Seawal perjalanan aku petang tadi pada mulanya cuaca agak cerah di Samarahan ni.. Tapi setibanya kat bandar Kuching aku telah disambut dengan hujan renyai-renyai.. Takkan nak patah balik kot.. Alang-alang dah nak sampai baik aku teruskan.. Ala basah sikit je sebab hujan pun takde lah lebat..


Seperti biasa kat pasar minggu ni memang ramai warga Kuching datang membeli belah especially beli keperluan barang-barang dapur.. Parking pun susah nak dapat nasib baikla aku naik kapcai bolehla selit-selit parking kat depan KFC.. Mula-mula aku ronda-ronda dulu.. Abis sekeliling pasar aku jelajah daripada tempat membeli barang-barang keperluan dapur, makanan-makanan ringan, buah-buahan sampailah ke bahagian pakaian dan cenderahati.. Kebiasaannya memang macam tu pon aku kalau bejalan.. Kenala ronda-ronda dulu buat tinjauan so senang nanti bleh kenal pasti dulu apa barang yang nak dibeli.. Takdelah nak mengusung barang yang dah dibeli dari depan sampai ke belakang pastu dah berat tangan nak kena patah balik ke depan.. Kan menyusahkan diri tu namanya hehehe..



Barang pertama yang aku beli ialah buah pear.. Buah ni memang kegemaran aku.. Sedap macam makan buah jambu je hehehe.. Tapi takde lah beli banyak-banyak cukupla setakat 5 biji buat makan seorang diri.. Lepas beli buah aku pegi kat tempat orang jual pakaian pulak.. Ermm nampak macam ada yang berkenan je.. Belek punya belek.. Tengok punya tengok aku pon sambarlah 2 helai baju ngan seluar.. Ala buat survenior untuk diri sendiri.. Ada la cop tulisan Sarawak.. Hahaha korang nak tau tak.. Selama 8 tahun aku duduk sini mana penah aku beli baju ada cop Sarawak ni.. Bila dah last-last nak posting ni baru tergerak nak beli.. Buat kenangan cewahh hahaha.. Tahpape je aku ni.. Poyoss..

Ikan Terubuk  Masin Mengikut Saiz Dan Harga
Ermm apa lagi aku nak beli ek.. Ronda-ronda lagi lah.. Wah apa yang kecoh-kecoh ni.. Laa orang jual terubuk masin rupanya.. Hehehe ginilah ragam diaorang setiap hari sebab nak tarik pelanggan beli ikan terubuk masin kat gerai masing-masing.. Macam-macam gelagat ada.. Tapi aku takde la nak beli just saje tengok-tengok.. Kebiasaannya aku akan beli ikan terubuk masin ni bila time nak balik kampung kat Johor je.. Tu pon sebab mak aku yang kirim.. Sebut pasal mak aku ni.. Selalunnya kalau time nak balik cuti raya barang yang paling suka mak aku kirim ialah ikan terubuk masin dengan udang kering merah.. Memang tak miss lah aku beli bila time nak balik kampung.. Kalau beli udang kering tu kompem sekilo.. Tapi lepas aku posting nanti mesti dah takde lagi benda-benda ni semua untuk aku bawak balik kampung kan..


Tu Dia.. Macam-macam Perisa Kek Lapis Ada..

Buah Kana Ke Ni?..
Korang kenal ke buah apa kat gambar atas tu.. Hehehe yang ni la buah dabai atau orang Sarawak kata buah dabe.. Orang semenanjung mesti tak kenal or tak penah tengok buah ni kan kecuali yang penah datang dan duduk sini.. Buah ni sedap dimakan bila dibuat ulam atau dibuat nasi goreng.. Kalau aku pulak selalunya aku makan gitu je tak pun buat ulam.. Rasanya sedap dan berlemak.. Cara nak makan senang je.. Cuci bersih-bersih pastu kupas skit kulitnya kemudian rendam dalam air panas sampai buah tu lembut.. Bila dah lembut tu aku tuang skit kicap masin dan terus makan la pe lagi.. Hahaha senang je kan (",).. Paling Famous buah dabai dari Sibu.. Tapi harganya pun mahal sikitla sebab dabai sibu dah terkenal antara dabai yang terbaik.. Dabai pun ada gred taw.. Buah ni aku tak beli pun petang tadi.. Saje nak tunjuk kat korang hehehe jangan marah e..

Tangan pun dah penuh dengan barang.. So sebelum balik aku singgah sat kat Khan Sahabat Cafe pekena murtabak ayam.. Maklumlah blom makan tengahari lagi.. Tapi kurengla dia masak.. Kari dia pun kureng.. Erm layan je la buat alas perot.. Kebetulan nak terus balik pun hujan tengah turun renyai-renyai.. Selesai je makan aku terus cau sebab hujan pun macam dah berenti.. Harap-harap perjalanan balik ni janganla kena hujan..

Tapi memang dah nasib aku la agaknya.. Sesampainya aku kat BDC hujan pun turun dengan lebat.. Adoi nya pun basah la aku jawabnya ni.. Sempat pakai baju hujan je aku petang tadi.. So secara automatiknya baju je yg kering tapi seluar habis lencun hahaha.. Akhirnya tepat jam 6 petang sampai jugak aku kat bilik.. Alhamdulilah..

Akibat keletihan merempit kapcai sampai ke Kuching sambil rehat-rehat aku pun tertidur.. Zzzzzzzzzzzz




Jumaat, 16 Mac 2012

Cukai Prabayar Mulai Julai?



Cukai perkhidmatan 6% bagi talian prabayar nak dikuatkuasakan kembali pada 1 Julai? Hah biar betol.. Isu lama dah nak di mainkan kembali nampaknya.. Maklumat ni baru je aku dapatkan daripada akhbar Utusan Online sebentar tadi.. Tak caya tengok link SINI..

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan. 


Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.


Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.


Apa cerita ni.. Ish tak paham aku.. Macamla dah sengkek sangat syarikat telekomunikasi tu kalau sekadar menyerap kos 6% kalau nak dibandingkan dengan jumlah pengguna seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan prabayar ni.. Untung dah banyak tu.. Takdanya rugilah sebab permintaan bagi perkhidmatan prabayar ni terlalu tinggi.. Melampau-lampau untung adalah.. Kalau tak takdelah tokey maxis tu bleh duduk ranking no 2 orang terkaya di Malaysia..

Aku sebagai antara pengguna tegar prepaid prabayar ni membangkang dengan sekeras-kerasnya.. Korang pulak camne?




Khamis, 15 Mac 2012

WOW!!! New Proton P3-21A


Memang cantik memang cun melecun memang mantop lah model terbaru Proton P3-21A.. Tengok pada reka bentuk dia memang pehhhh rasa cam nak pegi tempah je esok huhuhu.. Teruja aku beb.. Tu baru tengok kat gambar je kalaulah dia ada buat pameran kat area samarahan ni memang confirm aku nak pegi tengok.. 

Sekarang ni proton tengah buat pameran Proton Power Of 1 kat Bukit Jalil taw.. So sape-sape yang nak tengok secara live bolehla pegi.. Tapi buat masa ni diaorg tak bagi lagi pengunjung tengok secara dekat almaklumlah masih secret lagi identitinya.. Huhuhu proton memang saje buat gempak.. Untuk tau serba sikit spesifikasi model terbaru ni korang bleh tengok kat blog SINI dan SINI..

Jom layan gambar-gambar model terbaru Proton P3-21A (",)








Mantap Siotttttt....



Rabu, 14 Mac 2012

Al-Quran Digital Read Pen 2012


Hari ini aku ada dapat satu email daripada salah seorang Usahawan Internet yang berjaya pada masa kini iaitu Tuan Jamaluddin Bahari.. Beliau ada memperkenalkan satu produk digital yang sekarang ni memang tengah hangat di pasaran.. Produk tersebut ialah Al-Quran Digital Read Pen 2012.. Baru sekejap tadi aku melawat web page beliau dan menonton sedikit video berkaitan dengan produk tersebut.. Wow tak sangkalah memang sangat menarik.. Teringin pulak nak dapatkan satu.. Apa yang menariknya pasal produk ini ialah ianya sangat mudah digunakan tak kira samada kanak-kanak mahupun orang dewasa.. Boleh guna sebagai MP3 lagi selain dari untuk membaca Al-Quran.. Canggihkan teknologi sekarang kan (",).. Kalau korang belum pernah tengok atau nak tau macam mana Al-Quran Digital Read Pen ni berfungsi meh kita sama-sama tengok video ni..


Daripada web page yang aku baca tu produk ini berharga RM290 (harga selepas diskaun taw).. Harga sebenar produk ni ialah RM327.. So kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkannya kenalah cepat sebelum harga diskaun tu habis.. Korang boleh tengok kat link ni kalau nak tau maklumat lanjut pasal produk, kelebihannya atau nak buat tempahan.. Klik je SINI..

Banyak lagi yang korang boleh tahu kalau korang sendiri melawat web page melalui link yang aku bagi tu.. Nak cerita lebih-lebih tak syok pulak sebab produk ni bukan aku punya.. Aku just share maklumat  yang aku dapat dengan doa semoga aku mendapat pahala dengan perkongsian bahan yang sangat berfaedah ni.. So pada mereka-mereka yang berminat tu bolehlah terus klik kat website yang aku sertakan tadi ataupun klik kat SINI.. Klik je bukan nak kena bangun pun hehehehe..

Ok lah semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan dan kekurangan diri aku sendiri.. Wasalam...



Selasa, 13 Mac 2012

Jom Layan Lawak Ke Der















Hahaha Layan Beb..(",)




Motorku Di Pusat Rawatan..


Dah lama aku tak pegi servis motor.. Selama ni asal nak keluar je start motor terus jalan.. Rupa-rupanya tanpa aku sedar dah sakit rupanya huhuhu.. Semalam petang kebetulan aku off day setelah bertungkus lumus bekerja pada hari minggu.. So tergeraklah nak pegi servis kat bengkel.. Nak buat sendiri mana reti tambah-tambah pulak spare part memang takda.. So antara komponen-komponen yang aku terpakasa ganti adalah tukar rantai motor berserta spoket depan dan belakang.. spark plug (tak penah beganti sejak aku beli motor ni tahun 2008.. hahahaha dahsyat gile).. 'n' minyak hitam 4T.. Adeh kopak duit aku.. Tapi takpe lah jugak sebab memang aku yang nak bawak pon (",).. nasib baiklah motor kapcai je...


Lepas aku balik dari bengkel semalam saje la belek-belek balik moto.. Pulak dh ada lagi yang aku tak repair rupanya.. Patotla signal moto aku tak hidup rupanya Relay dia dah rosak.. So arini pagi-pagi lagi aku dah pegi bengkel repair benda alah tu plak.. Ermm alhamdulilah motor aku sekarang dah kembali sihat.. Ready untuk merempit semula hahaha..



P/S Opsss lupa plak nak padam no plate.. jangan ada yang salin buat tikam nombor ekor yea.. Harammmm hehehe




Isnin, 12 Mac 2012

Takziah Buat Keluarga Adik Nurul Nadirah..


Hari ini negara dikejutkan lagi dengan laporan pengesahan daripada pihak polis bahawa mayat rentung yang ditemui pada 8 Mac lalu di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang adalah merupakan mayat seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah sejak 1 Mac yang lalu.. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin, pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat keatas mayat rentung yang telah ditemui sebelum ini..

Setinggi-tinggi ucapan takziah dari aku buat bapa Nurul Nadirah dan keluarga di atas pemergian anaknya yang tersayang.. Semoga kejadian seumpama ini menjadi iktibar buat kita semua yang berada diluar sana terutamanya kepada mereka-mereka yang telah mempunyai keluarga.. Lindungilah keluarga anda sebaik-baiknya dan jangan sekali-kali dedahkan mereka kepada risiko menjadi mangsa jenayah dan kerakusan manusia.. 

P/S Dunia semakin maju..Zaman semakin moden.. Tetapi sifat kemanusiaan semakin mundur.. Dari apa yang  dapat diperhatikan manusia zaman sekarang ni bersifat lebih binatang daripada binatang.. Membunuh dan menganaya sesuka hati tanpa ada sifat peri kemanusiaan.. YA ALLAH YA TUHANKU.. KAU LINDUNGILAH HAMBAMU INI DARIPADA MEMILIKI SEGALA SIFAT-SIFAT YANG KEJI DAN KAU MULIAKANLAH KEHIDUPANKU AGAR SENTIASA BERSYUKUR DAN MENDAPAT RAHMAT DARIMU DUNIA DAN AKHIRAT.. AMIN...

Mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah adik Nurul Nadirah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman.. Al-Fatihah...




All England: Lin Dan Menang Mudah



Keputusan Badminton All England edisi kali ini sememangnya aku dah duga.. Dalam badminton Malaysia ni kita terlalu mengharapkan kepada seorang jaguh dan pada aku cuma dia saje yang terlalu diharapkan untuk menjaga maruah negara.. Mana peginya pemain-pemain yang lain? pemain pelapis? Ermm seolah-olah tak boleh diharap.. Sebenarnya dah lama aku tak mengikuti langsung perkembangan badminton ni.. Mana taknya balik-balik orang yang sama yang terpaksa memikul harapan negara.. Pemain lain tu cuma sebagai pelengkap yang pada aku ada pon tak membawa untung kalau takda pon takpe.. 

Berdasarkan pertandingan baru-baru ini sekali lagi cuma Datuk Lee Chong Wei berseorangan yang berjaya membawa  cabaran negara hingga ke peringkat final.. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok kat dia tapi nak buat camne dah pemain lain semuanya reput.. Rasa-rasanya dah terlalu banyak pelaburan yang pihak kerajaan bagi untuk menaikkan mutu sukan badminton yang pada satu ketika dulu Malaysia merupakan jaguh yang sangat digeruni samada di peringkat asia mahupun dunia.. Tapi tu semua dah tinggal kenangan.. Teringin jugak nak lihat badminton ni bangkit semula dan gemilang seperti dulu.. Agak- agak boleh lagi tak.. 

Menurut laporan media pada final semalam Impian Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran hatrik Kejohanan All England tidak kesampaian bila dia terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan perlawanan akhir dengan seteru utamanya, Lin Dan di National Indoor Arena, Birmingham. Selepas tewas 19-21 pada set pertama, Chong Wei yang memulakan perlawanan dengan kecederaan bahu kanan, kelihatan agak terbatas pergerakannya pada awal set kedua dan ketika dia ketinggalan pada kedudukan 2-6, pemain No.1 dunia itu memutuskan untuk tidak meneruskan permainan.

P/S  Jangan salahkan dia sebab pada aku Datuk Lee Chong Wei telah menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan selama ini.. Berapa banyak pencapaian terbaik yang dia telah sumbangkan kepada negara secara berseorangan.. Apa-apa pun well done Datuk Lee Chong Wei anda memang terbaik.. Pemain lain? Ermmmmmm..