Jumaat, 20 April 2012

Aku Tak Stress..


Rasanya dah lama bebeno aku tak menconteng dalam blog ni kan.. Tambah-tambah lagi sejak aku bertukar keja kat KL ni.. Sibuk je memanjang.. Balik keja kompem dah penat.. Kalau dulu masa kat Kuching banyak sangat masa aku yang terbuang tapi kat sini sampai tak cukup masa plak nak rehat.. Tapi takpelah aku ambik ni sebagai cabaran.. Maklumlah kita keja ni memang ada masa sibuk sesangat dan ada masa jugak macam takde keja..

Seperti yang aku cerita dalam entry yang lepas, kesibukan aku ni bukanlah setakat kat pejabat je. Dengan mesyuarat yang tak berenti dalam seminggu sampai 4 kali.. Aku jugak terpaksa mengabdikan diri pada BOI buat sementara waktu.. Nak berulang setiap hari dari opis menuju mindeff sangat memenatkan.. Tambahan plak dengan jalan KL yang dah semestinya jem, keadaan cuaca jugak sangat menyusahkan hati aku.. Bayangkan dalam minggu ni sahaja sudah 3 kali aku balik dari mindeff dengan basah lencun dek kerana hujan.. Boleh sakit badan woo..

Alhamdulilah masa untuk selesaikan BOI pun dah nak berakhir.. Last minggu depan lepas tu bolehla aku bagi tumpuan dengan keja-keja kat pejabat je.. Keja-keja kat pejabat pun sebenarnya masih banyak yang aku kena belajar.. Maklumlah selama ni dok buat kerja jurulatih je.. Bila dah terposting buat keja pentadbiran ni mulalah rasa kekok.. Dulu keja banyak guna tenaga tapi sekarang banyak guna otak pulak.. Tu yang ambik masa skit nak catch up balik.. 

Lagi 1 masalah bila kenderaan dan barang-barang aku yang lain tak sampai-sampai lagi dari kuching.. Segan jugak bila terlalu bergantung pada kenderaan orang lain.. Sampaikan aku terasa macam aku buat kenderaan orang macam kenderaan aku sendiri pulak.. Memang la nampak macam dia tak kisah tapi dalam hati sape yang tahu kan.. Terima kasih la banyak-banyak wahai sahabat.. Semoga anda dikurniakan pahala atas kebaikan dan pertolongan anda.. Amin..

Esok weekend.. Tapi ada 2 event yang aku nak kena pegi.. Sebelah pagi pegi Damansara ada game bowling dengan geng-geng Airod.. Pastu petang kena detail pegi Masjid Kementah ada program bersama Timbalan Perdana Menteri.. Pakaian baju kebangsaan.. Tapi songkok aku masih dok dalam kontena yang tak sampai-sampai lagi.. Huhuhu ape cer... Sape nak ikut.. Jom Layannnnn...




Ahad, 8 April 2012

N.K.B (Nasib Kurang Baik)


Hai apalah malangnya nasib aku.. Baru hari pertama melapor diri dah kena detail buat satu tugas berat.. Aku dah la takda pengalaman tetiba disuruh nya pulak buat.. 

Korang pun tau kan aku baru je berposting kat kl ni.. Nak dijadikan cerita, dalam masa aku tengah buat arrival tetiba dengan tidak semena-mena nama aku dah di select untuk masuk satu team penyiasatan kes kemalangan kenderaan tentera.. Arrival pun tak habis lagi tu yang buat aku bengang tu.. Kot yea pon bagila aku benafas lega dulu.. Banyak lagi benda yang aku nak buat.. ishh N.K.B betol lah..

Kes yang aku kena kendalikan ni berkaitan kes kemalangan kenderaan TUDM kereta jenis Inspira.. Kereta baru tu beb.. Kemalangan tu berlaku di highway putrajaya bilamana kenderaan tu berlanggar dengan kereta jenis Cetron milik pemandu Jepun.. Ish rumit jugak ni kotnya dia tak pandai cakap melayu.. Nak cakap bahasa inggeris aku ni takat level suam-suam kuku je huhuhu..

Dengan rasa berat hati (terpaksa la tu) aku pun ikutkan je la.. Dah namanya pun arahan suka atau tak kena buat jugak tol tak.. Nampaknya selepas ni terpaksalah aku berulang alik dari KL Base ke Mindeff setiap hari.. Mengikut arahan yang dah ditetapkan kami kena settel kan kes ni dalam masa 14 hari berkerja.. Ikutkan je la yop.. Bangkang kang kena charge pulak huhuhu..

Tapi sekurang-kurangnya aku dapat jugak timba pengalaman kan.. Selagi tak pernah buat selagi tu la aku tak kan tau.. Next time kalau kena detail lagi tau la jugak aku nak buat macam mana kan hehehe ayat nak sedapkan hati (",).. So far setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.. Korang pun doa-doakan lah sama yea agar tugas aku ni sentiasa dipermudahkan..




Selasa, 3 April 2012

Arrival Dan Clearance


As-Salam semua.. Hari ini merupakan hari pertama aku bertugas kat tempat baru.. Wah rasa lain macam pulak huhuhu.. Almaklumlah dah terbiasa dengan tempat kerja lama so kat tempat baru ni serba serbi nya pun kenalah baru juga kan.. Tempat kerja baru.. Invironment baru.. Rakan kerja baru.. Staf baru.. Bidang tugas baru..  Bos pon baru.. Hehehe

Hari pertama ni perkara pertama yang aku mesti selesaikan ialah mesti menyelesaikan borang ketibaan atau arrival.. Dalam askar ni gitulah.. Asal nama berpindah tugas atau posting je mesti takkan lari dari dua benda ni.. Arrival dan jugak Clearance... Apa ke benda arrival dan clearance ni yea.. Bagi yang background pekerjaannya tentera tak kira pegawai atau lain-lain pangkat sudah semestinya sinonim dengan dua perkara ni kan.. Bukan setakat posting je.. Nak pegi kursus kat mana-mana pun kena juga buat dua benda ni.. 

Seawal pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap-siap pergi melapor diri kat tempat tugas yang baru.. Dengan pakaian yang dah tersedia aku bersiap dan berdandan ala kadar je.. Bukannya hensem pun aku dan berbedak segala cukupla sekadar tak nampak selekeh huhuhu.. Pagi ni cuaca agak kurang baik nampaknya.. Hujan lebat turun mencurah-curah menggusarkan hati aku.. Camne nak pegi opis ni dalam keadaan hujan lebat.. Transport yang ada pun cuma motor je.. Tu pun motor pinjam sebab motor aku masih tak sampai lagi dari Kuching.. Baju hujan pun takde.. Alamak aku dah gelabah sikit ni.. Tunggu punya tunggu jam dah pun menunjukkan jam 7.50 pagi.. Ish tak senang hati aku.. Takkan hari pertama melapor dah datang lambat kot.. Sampai opis nanti nak kena pikir plak camne nak pegi Mindeff sebab aku kena buat arrival kat sana.. Adoi nya pun...

Lebih kurang jam 8.00 pagi hujan dah semakin reda.. Dengan perasaan senang hati aku pun capai kunci motor dengan halmet turun dari mess untuk mendapatkan motor kat bawah garaj.. Dalam hati aku alah basah sikit takpelah janji aku tak lambat sangat sampai opis.. Start punya start adoi satu lagi masalah pulak motor ni tak mahu nak hidup.. Apalah malang hari pertama aku ni.. Dengan hati yang bengkek aku tepon owner ni nak tanya dia apasal motor ni enjin dia tak mahu hidup.. Rupa-rupanya motor ni pon ada safety suis dia tersorok kat bawah seat.. Nak tekan button dia pulak punyalah susah sampaikan suis tu yang sepatutnya senang je nak di tekan dah terperosok kat bawah seat.. Satu masalah lagi.. Sudahnya pagi-pagi aku dah jadi pomen cari spanar tanggalkan seat semata-mata nak dapatkan safety suiz tu.. Apa punya susah la.. Adoiii pepagi lagi aku dah bermandi peluh.. Tau-tau je la bush jacket ni dah la tebal.. Cuaca yang sejuk pun bleh jadi badan aku panas.. Campur pulak dengan hati yang panas.. Tapi aku takleh la marah owner dia.. Sebab kalau dia tak bagi pinjam motor ni camne aku nak pegi opis.. Nak suruh aku menapak.. Sorry beb jauh tu... Setelah 15 minit menggodeh mencongkel apa-apa yang patot selesailah satu masalah pagi-pagi ni.. Motor pun dah hidup Vrooommm aku berlepas menuju ke pejabat (",)..

Sampai je kat pejabat aku tengok suasana sunyi sepi.. Mana pegi semua orang ni.. Laa tak balik lagi rupanya diaorang ni dari pegi menembak.. Nasib baikla kat pejabat tadbir ada sorang dua yang tinggal.. Kalau tak boleh mati kutu aku dibuatnya.. Lepak punya lepak lebih kurang jam 10.30 pagi aku bersama 2 orang lagi pegawai pun bergerak menuju ke Mindeff dengan menaiki Pajero ZU.. Destinasi utama aku ialah Sekretariat C Markas Tentera Udara.. Kat situ la aku nak kena buat arrival nanti.. Sampai je kat Mindeff aku pun selesaikan la apa yang sepatutnya aku selesaikan bagi urusan arrival.. Nak dijadikan cerita urusan arrival ni sebenarnya mudah bila orang yang kita nak jumpa ni ada dan tugasan aku pada pagi ni pun nampaknya dipermudahkan.. Alhamdulilah (",).. Tapi cuma satu je yang merencatkan arrival aku ni bila bab kena jumpa orang besar-besar.. Susahnya la nak jumpa.. Sibuk memanjang.. Lama jugak aku tunggu.. Sudahnya sampai ke petang tak dapat jugak jumpa.. Maklumlah Pengarah aku berpangkat Dato' ni memang sedia maklum memang sibuk.. Erm terpaksala aku tangguhkan dulu sampai hari rabu sebab esok Dato' takde dia ada meeting kat Langkawi.. So kesempatan esok bolehla aku selesaikan arrival dekat KL Base dengan mess dulu.. So rabu aku tinggal jumpa Dato' pastu settle lah (",)..

Aku sampai semula kat pejabat lebih kurang jam 5 petang.. KL biasalah kan.. Kalau tak jem bukan KL la namanya huhuhu.. Badan pun dah letih dicampur pulak dengan rimas aku pun ambil keputusan terus balik ke mess.. Hoyehh-hoyehh bleh merehatkan diri (",)..