Khamis, 31 Mei 2012

Persiapan Majlis Kenduri Aku

Persiapan majlis kenduri kat umah aku dah bermula 2 hari yang lepas.. Masa ni aku pon terlibat sekali masa gotong royong nak memasang balai tempat makan dan jugak balai masak.. Ni yang seronoknya duduk kat felda atau kampong.. semangat gotong royong tu masih ada lagi sampai sekarang.. dari yang tua sampailah ke anak cucu.. walaupun sekarang ni warga felda dah dimonipoli oleh ganerasi kedua macam aku tapi semangat gotong royong tu masih tetap kekal hingga ke hari ini..

Masa proses mangangkut dan memasang balai tempat makan dan memasak tu memang penat la jugak.. mula-mula janjinya nak start pukul 2.30 petang tapi dek cuaca yang panas sangat so di postpost ke pukul 3.30 petang. bepeluh-peluh la jugak nak memikulnya.. tapi disebabkan kenduri tu adalah kenduri untuk aku sendiri maka semangat pada hari tu lebih la sikit huhuhu. 

Kat bawah ni aku post sedikit gambar masa kami tengah gotong royong tu.. layan ok (",)












Jumaat, 25 Mei 2012

Undangan Raja Dua Hari....


Seperti yang aku janjikan kepada korang yang sudi membaca halaman blog aku ni.. di sini dengan rasa rendah diri aku ingin menjemput dan mempersilakan korang semua untuk bersama-sama memeriahkan majlis Raja Dua Hari aku pada 2 Jun 2012 dan 3 Jun 2012.. Jangan malu jangan segan datanglah yea.. dua hari tu aku belanja makan free.. tak bawak hadiah pun takpe asalkan korang sudi datang hehehe...

Kat bawah ni aku sertakan gambar lakaran peta dan alamat kat mana majlis aku tu nanti berlangsung.. Renung-renungkan dan selamat datang..(",)







Isnin, 14 Mei 2012

Aku Takde Idea..



Sudah terlalu lama rasanya aku tak menjengah blog aku ni.. Entahlah sibuk sangat agaknya.. Bukanlah sampai takde masa sangat nak menulis tapi kadang-kadang idea nak menulis tu tak datang-datang.. takkan aku nak cerita pasal kerja.. kalau nak cerita pasal kerja je sampai mati pon tak habis.. tol tak.. tapi aku cerita la jugak skit k..

Semenjak aku bertukar kerja kat KL ni senario kehidupan aku sehari-hari memang banyak berubah.. kerja hari-hari sentiasa je ada.. bos pulak suka kerja guna timeline.. cukup masa mesti kena hantar kalau tak kompem kena bebel.. bukannya tak boleh nak buat n ikut kehendak dia tapi kadang-kadang keja tu selepuk datang belambak.. yang satu ni blom habis dah datang lagi.. jenuh nak ligan.. tp so far aku memang takde masalah dengan job sekarang.. biasalah tempat kerja baru, invironment baru, bos pon baru kita kenalah sesuaikan ikut keadaan.

Seperti yang korang sedia maklum, aku sekarang ni tengah sibuk untuk persiapan majlis raja sehari aku.. hehehe kelang kabut gak dibuatnya.. mau taknya banyak benda rupanya nak kena urus bila nak kawen ni.. so kalau rasa-rasa terpikir nak kawen lebih satu tu lupakan je lah yea hehe.. persiapan untuk majlis ni kira lewat jugak aku ngan tunang aku uruskan.. bertunang pada hujung bulan 12 tapi persiapan yang kitaorang buat bermula pada bulan 3.. lewat tu beb.. bayangkan tinggal brape bulan je tu nak majlisnya.. apa-apa pun alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. 

Next entry aku akan post kan kad jemputan aku n tunang aku.. so kepada sape-sape yang membaca blog aku ni secara automatiknya anda semua dijemput hadir ke majlis aku tu nanti yea.. jangan tak datang taw..