Isnin, 14 Mei 2012

Aku Takde Idea..



Sudah terlalu lama rasanya aku tak menjengah blog aku ni.. Entahlah sibuk sangat agaknya.. Bukanlah sampai takde masa sangat nak menulis tapi kadang-kadang idea nak menulis tu tak datang-datang.. takkan aku nak cerita pasal kerja.. kalau nak cerita pasal kerja je sampai mati pon tak habis.. tol tak.. tapi aku cerita la jugak skit k..

Semenjak aku bertukar kerja kat KL ni senario kehidupan aku sehari-hari memang banyak berubah.. kerja hari-hari sentiasa je ada.. bos pulak suka kerja guna timeline.. cukup masa mesti kena hantar kalau tak kompem kena bebel.. bukannya tak boleh nak buat n ikut kehendak dia tapi kadang-kadang keja tu selepuk datang belambak.. yang satu ni blom habis dah datang lagi.. jenuh nak ligan.. tp so far aku memang takde masalah dengan job sekarang.. biasalah tempat kerja baru, invironment baru, bos pon baru kita kenalah sesuaikan ikut keadaan.

Seperti yang korang sedia maklum, aku sekarang ni tengah sibuk untuk persiapan majlis raja sehari aku.. hehehe kelang kabut gak dibuatnya.. mau taknya banyak benda rupanya nak kena urus bila nak kawen ni.. so kalau rasa-rasa terpikir nak kawen lebih satu tu lupakan je lah yea hehe.. persiapan untuk majlis ni kira lewat jugak aku ngan tunang aku uruskan.. bertunang pada hujung bulan 12 tapi persiapan yang kitaorang buat bermula pada bulan 3.. lewat tu beb.. bayangkan tinggal brape bulan je tu nak majlisnya.. apa-apa pun alhamdulilah semuanya berjalan lancar.. 

Next entry aku akan post kan kad jemputan aku n tunang aku.. so kepada sape-sape yang membaca blog aku ni secara automatiknya anda semua dijemput hadir ke majlis aku tu nanti yea.. jangan tak datang taw..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan