Khamis, 31 Mei 2012

Persiapan Majlis Kenduri Aku

Persiapan majlis kenduri kat umah aku dah bermula 2 hari yang lepas.. Masa ni aku pon terlibat sekali masa gotong royong nak memasang balai tempat makan dan jugak balai masak.. Ni yang seronoknya duduk kat felda atau kampong.. semangat gotong royong tu masih ada lagi sampai sekarang.. dari yang tua sampailah ke anak cucu.. walaupun sekarang ni warga felda dah dimonipoli oleh ganerasi kedua macam aku tapi semangat gotong royong tu masih tetap kekal hingga ke hari ini..

Masa proses mangangkut dan memasang balai tempat makan dan memasak tu memang penat la jugak.. mula-mula janjinya nak start pukul 2.30 petang tapi dek cuaca yang panas sangat so di postpost ke pukul 3.30 petang. bepeluh-peluh la jugak nak memikulnya.. tapi disebabkan kenduri tu adalah kenduri untuk aku sendiri maka semangat pada hari tu lebih la sikit huhuhu. 

Kat bawah ni aku post sedikit gambar masa kami tengah gotong royong tu.. layan ok (",)












Tiada ulasan:

Catat Ulasan