Rabu, 28 Mac 2012

Bilik Baru Aku Di Mes PUKL


Alhamdulilah tadi petang lebih kurang jam 2 pesawat yang aku naiki daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT).. Bumi Kenyalang telah pun aku tinggalkan dan kini destinasi aku seterusnya adalah Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL).. Yea disanalah tempat baru bagi aku memulakan tugas aku yang baru nanti.. Daripada LCCT aku memulakan perjalanan dengan menaiki bas menuju ke KL Sentral.. Ini adalah disebabkan tiada bantuan kenderaan yang dapat digunakan bagi mengambil aku di lapangan terbang disebabkan mempunyai tugasan lain disamping kekurangan kenderaan di markas.. Tapi tak mengapalah sebab ini bukan kali pertama aku terpaksa datang sendiri malah boleh dikatakan selalunya memang aku terpaksa datang sendiri walaupun atas tugas rasmi..

Sejurus sahaja tiba di KL Sentral kenderaan yang ditugaskan mengambil aku sudah sedia menanti.. Tanpa berlenggah aku terus sahaja mendapatkan kenderaan dan terus sahaja bergerak menuju ke PUKL.. Aku mengambil keputusan tidak mahu singgah di pejabat sebaliknya terus sahaja menuju ke Wisma Pegawai kerana disitulah bakal menjadi penginapan aku yang baru sepanjang aku bertugas di sini selepas ini.. Setibanya di wisma aku meletakkan barang-barangku di bilik sahabatku buat sementara waktu kerana selepas ini aku akan terus menuju ke pejabat wisma bagi memohon bilik penginapan dan seterusnya mendapatkan kunci bilik..

Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan kunci bilik penginapan sudah berjaya aku dapatkan.. Inilah dia bilik penginapanku yang baru (",)..








Syukur alhamdulilah.. Biliknya taklah berapa besar tapi pada aku cukup selesa.. Pada masa gambar ni diambil aku baru je siap mengemas, menyapu, mengelap dan membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan oleh penginap yang lama sebelum aku.. Nampakla bersih sedikit kan (",)

Buat masa ni barang-barang aku masih lagi belum dikemaskan sepenuhnya.. Hanya baru mengemas mana-mana barang yang perlu sahaja dahulu.. Yang lainnya kemudianlah aku kemas.. Biar dulu dalam beg lagi pun takde la nampak bersepak jugak tol tak hehehe...





1 ulasan: