Khamis, 12 Januari 2012

ANNAH RAIS..SARAWAK


Annah Rais sememangnya satu nama asing bagi mereka-mereka yang tidak pernah datang ke Sarawak atau berkhidmat di Bumi Kenyalang ini.. Lokasinya agak terpencil, jauh daripada bandar kuching tetapi memiliki satu daya tarikan yang unik kepada pelancong-pelancong yang ingin datang bercuti di Sarawak.. Bagi aku sendiri setelah 8 tahun berkhidmat disini, ini adalah merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Annah Rais.. Dengan perjalanan hampir 2 jam dengan menaki kereta daripada Kota Samarahan bersama dengan tunangku kami dihidangkan dengan pemandangan gunung dan bukit yang menghijau cantik saujana mata memandang yang akhirnya membawa aku sampai disini..


Tengah tengok map rumah panjang..
Buat pengetahuan korang, apa yg istimewanya di Annah Rais ini ialah ia merupakan salah satu daripada perkampungan tradisi bagi masyarakat budayuh yang masih wujud dan mengekalkan ciri-ciri keunikan rumah panjang yang sebenar bagi masyarakat bidayuh.. Walaupun dikejar dengan pembanggunan yang pesat seiring dengan kemajuan ekonomi negeri Sarawak namun kampung ini masih lagi berjaya mengekalkan tradisinya sehingga ke hari ini dan menjadi tumpuan pelancong saban waktu..Ketika aku sampai disini juga terdapat beberapa kumpulan pelancong daripada semenanjung termasuklah pelancong daripada luar negara.

Jom bersama-sama dengan aku kita nikmati keindahan dan keunikan rumah panjang masyarakat bidayuh di Annah Rais ini..

Indahnya pemandangan
Pintu masuk rumah panjang.. jom ikut aku
Penyambut tetamu hehe

Nampak tak tengkorak dalam sangkar tu.. real beb
The Headhouse atau dalam bahasa bidayuh dipanggil Panggah



Memang cantik dan bersih sungai ni.. kalau dapat mandi syok gilee












Ada Homestay kat sini.. ni aku tengah baca aktiviti-aktiviti yang diaorang sediakan



Selain daripada keunikan rumah panjang masyarakat bidayuh di Annah Rais ini, terdapat satu lagi daya tarikan utama pengunjung tak kira pengunjung tempatan atau dari luar untuk datang kesini adalah HOT SPRING nya.. Aku berkesempatan juga untuk pergi ke hot spring tapi bukan untuk mandi cuma sekadar melakukan tinjauan saje sebab kami tak bawak baju mandi hehe..



Oleh sebab kami tak bawa baju mandi dan nak masuk pun kena bayar maka kami sekadar lepak-lepak sambil menjamu selera di satu kedai makan berhadapan dengan pintu masuk hot spring.. Menunya ialah Nasi Goreng Jagung pucuk manis.. Sedap taw (",) So kepada korang yang nak datang kesini jangan lupa singgah ke rumah panjang dan hot spring sambil merasa masakan nasi goreng jagung pucuk manis yang sedap ni huhuhu..




Lepas makan tu kami pon bergerak balik.. Cadangnya nak singgah kejap kat Borneo Highland Resort tapi pak guard tu tak benarkan plak sebab kata dia kalau nak naik kena buat tempahan dulu.. Hampeh tol.. Orang dah tak bagi nak buat camne kan.. Maka baliklah kami dengan hampa (",)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan