Terima kasih kerana masih lagi mengikuti blog aku ni..
Dalam entry yang lepas aku dah cerita serba skit tentang Jong's Crocodile Farm dan kali ini jom ikut aku mengembara ke lokasi kedua iaitu Muzium Kucing pulak.. macam ni cerita dia..
Mula-mula meh kita kenal dulu latar belakang Muzium Kucing ni k.. Muzium Kucing ni terletak dibawah pengurusan pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara. Kesemua koleksi yang terdapat di Muzium Kucing telah diperolehi sejak ia berada di Muzium Negara, Kuala Lumpur dalam tahun 1987. Koleksi tersebut telah dibawakan ke Bandaraya Kuching di bawah penjagaan pihak Muzium Sarawak dan ia telah dipamer buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak.
Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching.
Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain. Bayaran masuk free je tp korang akan di charge kalau korang ada bawak kamera (",). Untuk maklumat lanjut KLIK SINI.
Saksikan Fotoshoot aku ni hehe..
Pintu masuk utama muzium
Aksi kucing Batu tengah tidur..
Nampak macam real kan..
Hukuman bagi penganaia kucing huhu..
Boleh tunggang balik johor ni hehe..
Alahai Manjanya..(",)
Jangan lupa sain buku pelawat...(",)
Merenung jauh nampak...
Pemandangan lanskap yang cantik di Bukit Siol dimana terletaknya DBKU & Muzium Kucing
P/S Mula-mula masuk ingatkan ada banyak jenis spesis kucing hidup.. rupa-rupanya semua replika huhu.. tapi apa-apa pon kalau korang datang melancong ke Kuching ni jangan lupa singgah ke Muzium Kucing.. memang show beb..
Setakat tu saje untuk tatapan entry kali ini.. jangan lupa sambungannya dalam entry akan datang ok.. jumpa lagi TaTa... (",)
BERSAMBUNG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan