Sekiranya korang datang ke Sarawak jangan lepaskan peluang untuk melawat ke Kampung Budaya Sarawak.. Di kampung budaya ini korang akan dipertemukan dengan pelbagai jenis rumah-rumah contoh bagi masyarakat tradisi yang ada di Sarawak ini seperti rumah masyarakat iban, bidayuh, penan, orang ulu, melanau, rumah cina dan rumah masyarakat melayu Sarawak itu sendiri.. Walau Bagaimanapun harga tiket bagi orang yang datang dari semenanjung memang agak mahal sikit la berbanding pengunjung tempatan..
Selain daripada melawat ke rumah-rumah contoh masyarakat sarawak ini, sekiranya korang datang pada masa yang tepat korang akan disajikan dengan persembahan kebudayaan masyarakat sarawak yang akan dipersembahkan oleh kumpulan kebudayaan kampung budaya ini sendiri.. Memang show beb (",)
Antara Gambar-gambar menarik yang lain..
Owh yea sebelum terlupa, lokasi kampung budaya ni adalah di Santubong.. So kalau rasa-rasa nak datang dan nak menginap di sini hotel berdekatan pon ada.. Nanti bila boring-boring blehlah mandi laut kat pantai damai atau mendaki gunung santubong (",)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan