Isnin, 2 Januari 2012

AWAL MULA PERTAMA MULA

Assalamualaikum...

Tahun baru 2012 azam pon baru.. inilah kali pertama aku mula nak menulis blog dan ada laman blog sendiri.. haha ntah macam mana rasa agaknya ada blog sendiri kan.. mampu ke aku nak menulis dengan baik ni.. dulu-dulu masa sekolah buat karangan setakat boleh-boleh je.. apa-apa pon aku cubalah setakat yang aku terdaya..

tujuan aku buat blog ni pon saja-saja.. sekadar seronok-seronok bila tengok orang lain pon ada blog sendiri.. tetiba terasa jeles dan minat nak buat sendiri.. tak canggih mana pon just simple-simple aje.. maklumlah bukannya kreatif sangat.. blog ni menjurus kepada perihal tentang diri aku sendiri.. perjalanan hidup aku.. aktiviti-aktiviti aku.. kisah hidup aku.. senang cite semua pasal aku lah.. kalau ada tambahan sikit-sikit pon mungkin pasal isu semasa.. ermm life is so interesting.. cuma kita je kena pandai manfaatkannya tol tak.. aku pecaya ramai kawan-kawan yang dah pon punya blog sendiri kan.. wow camnelah korang bleh rajin menulis dalam setiap entry kan hahaha terbaik.. cuma aku je yang tak rajin nak explore..

oklah.. awal mula pertama mula ni aku belom ada idea lagi nak menulis panjang-panjang sekadar mukadimah yang tak seberapa.. kepada kawan-kawan yang teringin nak baca story dalam blog aku ni sila-sila lah follow yea.. mungkin tak sekerap mana aku nak menulis begantung jugak pada masa terluang.. mood dan mungkin ada cerita-cerita yang aku nak kongsikan.. sampai kita jumpa lagi di entry yang lain aku doakan kalian semua sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi ALLAH hendaknya.. Amin..

akhir kata sedikit kata-kata hikmah buat semua..

"Jangan Sekali-Kali Kita Meremehkan Sesuatu Perbuatan Baik Walaupun Hanya Sekadar Senyuman"

jumpa lagi nanti yea.. salam

PS- Agak2 apa yang aku tengah fikirkan tu yea hehehe


1 ulasan: