Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Korang suka pergi bercuti tak? jawapannya mestilah suka kan hehehe.. so dalam entry kali ini aku nak kongsikan beberapa pengalaman menarik aku melawat ke beberapa tempat di SARAWAK yang aku fikirkan menarik dan ingin dikongsikan bersama.. Mungkin ada di antara korang yang pernah pergi, atau tak pernah pegi atau mungkin belom terfikir pon nak pegi atau mungkin taknak pergi langsung.. tapi tak mengapa aku cuma sekadar ingin berkongsi.. jom ikuti pengalaman aku..
Hah kat mana pulak tempat ni yea hehe.. Jong's Crocodile Farm atau dalam bahasa melayunya Ladang Penternakan Buaya Jong's ini terletak di kawasan Siburan iaitu 29km daripada bandar kuching ermm kira-kira 40 minit perjalanan (kalau traffic ok la).. Ladang penternakan buaya ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia dengan populasi penternakan melebihi 1000 ekor.. boleh tahan banyak kn (",)..
Di ladang buaya ini selain kita boleh melihat buaya-buaya yang dibiarkan hidup menyerupai habitat asalnya, terdapat juga beberapa aktiviti yang disediakan bagi tontonan pengunjung antaranya persembahan memberi makan kepada buaya dengan cara mengikat cebisan daging ayam dengan menggunakan penyangkuk tergantung.. dengan cara itu kita boleh lihat dimana buaya-buaya tu makan dengan melompat dan menyambar daging ayam tersebut.. tak caya tengok gambar ni..
dapat tengok ni memang syok beb.. besar-besar pulak tu buayanya..
Selain daripada Show Buaya ni ada jugak terdapat mini zoo, jungle walk dan jugak mini Muzium Buaya yang mana salah satunya rangka rahang buaya lagenda Sarawak iaitu BUJANG SENANG dipamerkan.. Tengok pada saiz setakat kepala aku ni dia sekali ngap je boleh ilang terus.. Hah apa? berapa nak kena bayar kalau nak masuk? ermm harga tiket ni berbeza taw antara orang Sarawak dan orang Semenanjung.. kalau orang Sarawak DEWASA RM10 KANAK-KANAK RM5.. bagi orang semenanjung pulak DEWASA RM16 KANAK-KANAK RM8.. Mahal skit takpe janji berbaloi hehehe..
oklah cerita panjang-panjang pon nanti korang bosan.. untuk lebih info korang boleh lawat laman web Jong's Crocodile Farm ni.. KLIK SINI. meh kita layan gambar je k..
bergambar di belakang buaya replika kat luar pintu masuk..
ni lah dia rangka rahang "Bujang Senang" Besarnya...
tengok pada saiz rahang "Bujang Senang" tu takat badan saiz ni sekali ngap je huhuhu
replika buaya.. nampak macam real..
amendala yang anak buaya tu tengah buat yea hahaha..
mini zoo berlatar belakangkan burung merak.. comelnya model ni yea hehe
uik beraninya bagi makan buaya guna tangan huhu..
pintu masuk jungle walk..
ni bukan aksi buang tebiat yea (",)
telur buaya yang telah di awet
baa....cak hehehe
pintu masuk utama Jong's Crocodile Farm..
possing baik punya.. hehehe terbaik..
Amacam best tak.. tapi kalau korang nak rasa lagi best (bukan keta myvi lagi best tu taw) datanglah melancong sendiri yea hehe.. ok lah setakat tu je untuk info tentang Jong's Crocodile Farm..
TUNGGU DULU!!!...
Siri CUTI-CUTI MALAYSIA ni belom habis taw.. tunggu sambungannya dalam entry selepas ni.. jumpa lagi (",)
BERSAMBUNG.......
aiyoooo en blogger jgn la masuk itu gmbr saya punya muka huhu malu den..den bkn artis nk glemer2 hehe~~
BalasPadam