Ahad, 26 Februari 2012

BASAH LAGI..



Hari ini sama jugak seperti semalam sekali lagi aku kebasahan dalam kehujanan.. Adeh pagi-pagi lagi dah main hujan.. Cuma bezanya pagi ni agak lebat hujannya.. Pada mulanya ada la juga niat aku nak tunggu hujan berenti dulu baru gerak pergi opis.. Tapi sampai pukul 9 pagi hujan masih jugak belom berhenti.. Semakin lebat adalah.. Dalam keadaan terpaksa aku redah jugak la hujan ni.. Capai kunci motor, pakai baju hujan celoreng Vroommm aku merempit.. Tapi takdala laju-laju gila ko hujan lebat ni dengan jarak penglihatan samar-samar mau kemalangan aku.. Dah la aku penah tegolek dikala hujan lebat macam ni.. Lubang atas jalan pon tak perasan..


Kalau lah bukan disebabkan aku kena kerja hari minggu ni dengan hujan lebat pulak memang sah aku masih berbungkus selimut lagi atas katil.. Orang lain aku tau pagi-pagi hujung minggu ni mana mau nya nak bangun awal yea tak hehehe.. Alhamdulilah dengan sedikit halangan ni aku selamat jugak sampai kat opis.. Sebenarnya jarak penginapan aku ngan opis takdalah jauh sangat.. 10 minit je naik motor hahaha... Tapi walaupun dekat tetap jugak la basah kalau dah hujan selebat-lebatnya..

Ok lah dah sampai opis ni takkan nak ngadap laptop je kan.. Kerja aku menunggu tu.. Jumpa lagi nanti.. Assalamualaikum..




Isnin, 20 Februari 2012

MONDAY BLUES..


Hari ini ntah kenapa terasa pulak bosannya duduk kat opis sorang-sorang.. Padahal selalunya memang macam tu pon takde beza.. Tapi lain pulak rasanya arini.. Mungkin sebab minda aku dah ada kat semenanjung kot hehehe.. Pagi tadi sampai je kat opis aku terus on laptop konon-konon nak buat keja lah.. Nak siapkan report banyak lagi yang tak siap sebab minggu depan dah nak kena bawak pegi miting kat KL.. Tapi macam biasa awal mula pertama mula kita online dulu hahahaha.. Tapi malangnya cess line internet UNIMAS masih takleh guna.. Kedekut apa.. Macam biasa waktu-waktu kecemasan ni nasib baiklah aku ada broadband prepaid ni.. Hahaha sekurang-kurangnya boleh jugak aku online melayan kebosanan.. Sambil buat keja sambil online bak kata pepatah sambil menyelam sambil minum air (",)..

Tengah aku khusyuk buat kerja sambil online tu tetiba aku dengar ada bunyi sesuatu dari dalam perot aku.. Hahaha sah aku lapar neh.. Pagi tadi memang tak sarapanlah.. Nak keluar pegi warong 2000 awal lagi.. Takpelah layankan je dulu tunggu sampai tengahari.. Proses menyiapkan report pon berjalan secara santai.. Ada dua benda tentang report ni aku nak kena buat.. Secara bertulis dan presentation.. Check yang lama-lama aik macam sebijik je hehehe.. Wah senang banyak nampak format dah ada tinggal gubah isinya je (",).. aku tak plagiat ok sebab semuanya yang ada dalam laptop aku memang hasil kerja dan buah pikiran aku sendiri..

Diam tak diam skali tengok jam alamak dah kul 1230 tengahari.. Patotla aku terasa lapar yang amat sangat.. Ish takleh jadi ni kena beli makanan tengahari jugak.. Nak beli kat cafe bawah tutup pulak.. Amenda tah meniaga camtu.. Lebih banyak tutup dari bukak kedai.. Tanpa membuang masa aku capai halmet ngan kunci motor terus merempit pegi warong 2000.. Alhamdulilah lauk banyak lagi tapi orang punyala ramai..Almaklumlah memang waktu lunch.. Kat warong 2000 ni kalau pegi lambat sikit lauk pun tinggal sikit.. Ramai sangat manusia yang menyerbunya.. Untuk tengahari ni lauk pilihan aku ialah ayam butter, sosej masak sambal dan ulam raja.. Setel je bayar harga makanan aku terus cabut balik opis.. Tapaw je beb malas nak makan kat situ sorang-sorang.. Sampai je kat opis apa tunggu lagi aku balun la makan hehehe.. 

Alhamdulilah... Kenyang sudah (",).. Lepas makan rehat-rehat dulu bagi nasi dalam perot turun.. Sambil-sambil tu tengok tv kat ruang tamu.. Bukan ada cerita best pon tapi bolehla daripada takda.. Sampai masa ada rasa macam nak sambung keja balik tapi mood takde la pulak.. Tunang aku cakap hah ni la namanya monday blues.. hehehe penyakit ari isnin..

Ermm apa nak buat ek.. Rasa-rasa cam nak turun bawah la pegi lepak kat pejabat Pegawai Latih PALAPES Darat.. Ngaco orang best gak ni hahaha.. Sampai kat opis dia laa diaorg pon sama tengah melepak jugak.. Aku apa lagi join sekaki la hehehe.. Tengah sembang-sembang mengumpat lebih kurang tiba-tiba CI pon datang.. Hehehe rupa-rupanya dia pon bosan gak.. Tambah-tambah internet takde.. 

Cepat tol masa berlalu.. Tup-tup dah dekat kul 5.00 rupanya..  Balik time (",).. Aku pon angkat punggong melangkah naik kat opis aku.. Kemas balik barang-barang, switch off laptop, capai halmet, capai kunci terus balik la beb.. Apa tunggu lagi... Tata semua (",)... Monday Blues berlalu begitu saje...




Jumaat, 17 Februari 2012

BUMI KENYALANG BAKAL KU TINGGALKAN


Hari ini tanpa disangka-sangka aku telah menerima satu berita yang agak mengejutkan.. Walaupun memang telah ku duga dan sememangnya menjadi keinginan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini nampaknya kini ia bakal menjadi kenyataan.. 

Sedang aku leka menyiapkan laporan latihan kem tahunan yang lepas untuk dibawa ke mesyuarat di Kuala Lumpur dalam masa 2 minggu lagi.. Aku telah menerima sehelai kertas melalui perutusan semboyan (ATM) yang mengkhabarkan berita gembira buat aku walaupun ianya datang secara kejutan.. Yea benar.. Perutusan semboyan itu telah membawa khabar bahawa aku bakal ditukarkan ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.. Sukur alhamdulilah doaku di makbulkan Allah..

Setelah 8 tahun aku bertugas di bumi kenyalang ini pelbagai cabaran dan dugaan telah aku tempuhi.. Banyak kenangan suka dan duka yang telah aku lalui di sini..  Penghijrahan aku ke bumi kenyalang ini atas tuntutan tugas telah menempatkan aku di 2 buah IPTA iaitu UiTM Kampus Samarahan dan UNIMAS yang aku kira seperti mengembalikan zaman pengajian aku di universiti.. Melatih dan mengajar pelajar-pelajar IPTA yang berminat dalam bidang ketenteraan sememangnya sudah sebati dengan diri aku..

Masih teringat lagi seawal aku mula ditempatkan disini iaitu pada mei 2004, bumi Sarawak terlalu asing buat aku.. Aku datang tanpa ada teman.. Tanpa aku kenal sesiapa disini untuk aku memohon pertolongan kiranya aku berada di dalam kesusahan.. Syukur alhamdulilah setiap kesusahan itu berjaya aku harungi dengan sabar dan berkat kesabaranku itu juga aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini..

Aku tidak berminat untuk menceritakan kesemua kenangan lampau sepanjang aku berada dibumi kenyalang ini.. Cukuplah sekadar ia menjadi kenangan buat diri aku sendiri dan akan aku abadikan sebagai koleksi perjalanan hidup aku.. Buat semua pelatih-pelatih dan bekas pelatih yang pernah aku curahkan ilmu, sebagai insan biasa aku ingin menyusun sepuluh jari seandainya selama aku melaksanakan tugasku terdapat banyak kekhilafannya.. Aku juga manusia takkan lepas daripada melakukan sebarang kesilapan.. Sebagai orang yang lebih dewasa dan pernah melalui zaman remaja di kampus seperti kalian, aku amat berharap agar kalian tidak mengabaikan pelajaran.. Ingin berseronok boleh tapi ada batasannya.. Harus diingat kedatangan kalian ke universiti membawa matlamat dan harapan orang tua untuk melihat kalian berjaya.. Berjaya membawa pulang segulung ijazah dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan.. Air mata kegembiraan seorang ibu dan ayah itu lebih berharga dari air mata kerana kegagalan anda menjadi manusia seperti yang diimpikannya..

Seperkara lagi, Walaupun aku bakal ditukarkan dalam masa terdekat ini, InsyaAllah berkemungkinan aku akan kembali lagi ke sini buat seketika bagi menyelesaikan tugas-tugasku yang terakhir.. Diharap kita akan berjumpa lagi dilain masa dan aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian di dunia dan di akhirat.. InsyAllah

Sayonara...



ADA APA DENGAN CINTA..


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa  catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak  menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.

Hati-hati  dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah  seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian. dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan 
Tuhan Yang Maha Agung.

"Aku mencintaimu", sukarkah untuk dilafazkan?

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. 

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.
       
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta  perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi. Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati. Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada  cinta dan rindu.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata



Rabu, 15 Februari 2012

AKU KEHUJANAN



Hari ini tanpa disangka-sangka kehujanan lagi aku balik keja.. Basah kuyup dibuatnya.. Baju hujan tu ada tapi tak sangka pulak kat UNIMAS hanya gerimis tapi kat UITM Samarahan boleh lebat.. Hujan separuh-separuh.. Alang-alang dah dekat nak sampai tu teruskan je lah.. Nasib baiklah UNIMAS dengan UITM tu tak jauh.. 

Sampai sekarang hujan masih lagi belom berenti.. Grrr sejuk.. Bilik pulak aircond.. Kalau tak pasang kepanasan la pulak.. Kipas memang takde nak harapkan kipas untuk laptop kecik sangat.. Tapi kadang-kadang kipas tu jugak la yang aku guna bila time demam hehehehe.. Serbaguna tol kipas kecik neh..

Buat korang yang pergi dan balik keja naik motor macam aku ni elok sangatlah sediakan baju hujan siap-siap.. Mana nak tau kan terjadi plak kat korang macam yang terjadi kat aku arini.. Apa-apa pon samada hujan atau panas menungganglah dengan berhati-hati terutamanya waktu malam.. Sebab aku penah ada sejarah tegolek atas jalan raya masa hujan lebat waktu malam.. Sejak dari itu aku cukup hati-hati kalau nak keluar gak masa hujan waktu malam.. Bukan apa kita bukannya perasan sangat lubang-lubang yang ada kat atas jalan raya yang dah dipenuhi air tu. Lagi pulak waktu malam memang tak perasan...

Apa-apa pun sentiasa waspada ketika menunggang dan jangan jadikan jalan raya sebagai tempat merempit.. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG OK... Luv u all...



Isnin, 13 Februari 2012

BACK TO KUCHING.. TAKE A REST


Alhamdulilah baru je sampai kat bilik.. Hari ni Long Journey buat aku.. Dari Ipoh aku bertolak jam 1115 pagi naik Tren ETS sampai KL Sentral jam 1345.. Lepas tu terus naik bas AEROBUS pegi LCCT.. Flight ke Kuching jam 1625. Sampai je kat LCCT jam 1500 terus pegi check in.. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan selamat..

Tapi sedih skit sebab tunang aku tak dapat hantar aku balik masa kat stesyen keretapi ipoh pagi tadi sebab kena attend miting.. Spoiled tol bos dia tuh buat miting mengejut.. Nasib baik la pagi tadi sempat breakfast sama-sama..

Tadi sampai je kat Airport Kuching perot dah rasa lapar gile.. Maklumlah aku cuma sempat breakfast je pagi tadi.. Tengahari tadi kat LCCT pon tak sempat nak makan sebab orang kat kedai makan ramai sangat.. Tau-tau je la tengahari.. McD pon penuh orang.. Lepas je member pick up kat airport tadi kitaorang terus merembat pegi warong 2000 kat area Samarahan.. Dekat-dekat ngan UNIMAS je.. Aku order nasi kerabu.. Lapar punya pasal semua rasa sedap hahahaha..

La ni dah sampai kat bilik.. Kemas-kemas barang skit sebab sok nak keja pulak.. Malam ni kena tido awal sebab boleh tahan letih gak neh.. Ok lah aku cau dulu yea.. babaiii...



Ahad, 12 Februari 2012

MEE UDANG, KUALA SEPETANG

Tengok artifak sudah.. Tengok binatang-binatang pun sudah sekarang ni perut pun dah mula terasa lapar.. Menjerit-jerit dia mintak di isi.. Ni kang kalau tak dilayan mau mengaruk tengah malam nanti huhuhu.. Dalam perjalanan balik ke Ipoh kami merancang untuk singgah kat satu warong tu yang dikatakan cukup terkenal kat area Kuala Sepetang.. Tempatnya tak jauh pun dari pekan Taiping.. Kawasan Kuala Sepetang ni cukup terkenal dengan masakan Mee Udangnya yang sedap dan mengancam.. Pernah masuk dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan taw satu ketika dulu.. Alang-alang dah ada kat situ apa kata kami try.. Jom (",)..


Ni dia warong Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.. Masa kami sampai tu memang ramai orang yang sedang makan kat warong tu.. Dari apa yang aku perhatikan kebanyakkan pengunjungnya semua datang dari luar kawasan Kuala Sepetang.. Sah memang glamour warong mee udang mak jah ni.. Tanpa berlengah-lengah lagi aku dengan gaya lapar dan tak sabar-sabar nak merasa mee udang kuala sepetang ni melangkah masuk kedalam warong.. Amboiii gelojoh kata Tunangku Hahahaha... Tak lama kami duduk pembantu kedai makan pon sampai ambik pesanan kami.. Dah namanya Warong Mee Udang dah tentu la aku order mee udang jugak takkan pizza hahaha.. Dengan pantas dalam masa 15 minit pesanan Mee Udang Special aku pun sampai... Wow nampak sedap (",)

Lihatlah udang-udangnya.. Jenuh selak udang baru jumpa mee hahaha

Masakan mee udang mak jah memang terbukti sedap.. Rasa tak puas pulak makan semangkuk tapi aku takda la order lagi semangkuk.. Nampak sangat gelojohnya nanti hahahaha.. Bila dimakan masa panas-panas memang terangkat woo..




Hahaha huduhnya...(",)
Tengoklah muka aku disaat meratah udang yang besar, segar lagi sedap tu.. Macam orang dah 10 tahun tak makan udang hehehehe.. Lagi gambar-gambar kami ada kat bawah..





Alhamdulilah.. Tergambar kepuasan kat muka aku dapat merasa Mee Udang Kuala Sepetang yang sedap ni.. Lepas ni tak tau la berpeluang merasa lagi ke tidak (",).. Sebelum kitaorg begerak balik tu sempat lagi aku order sebungkus mee goreng udang buat bekal makan malam nanti.. Sebab aku tau perot aku ni bukan tahan sangat.. Kang malam nanti kompem cari makanan lagi huhuhu.. Ok lah aku dah merasa makan kat sini.. Kalau korang teringin jugak moh la singgah kat Kuala Sepetang pekena mee udang (",)







ZOO TAIPING

Sebenarnya jika mengikut plan asal, selepas sahaja kami melawat Muzium Perak aku bercadang nak terus naik ke Bukit Larut sebab memang teringin sangat nak naik.. Tapi nasib kami hari tu kurang baik skit sebab masa kami sampai hujan tengah turun dan waktu lawatan baru je habis 10 minit yang lepas.. Waktu lawatan cuma sampai jam 3 petang je.. Aku pulak sampai jam 3.10 petang.. Aduss kecewa aku.. Sebenarnya nak naik Bukit Larut ni bukan boleh guna kenderaan sendiri.. Kena beli tiket kemudian naik atas menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak pengurusan Bukit Larut.. Kalau boleh naik dengan kenderaan sendiri memang aku dah kayuh dengan QKR aku tu sampai puncak huhu..

Oleh disebabkan kekecewaan aku tak dapat naik Bukit Larut, maka aku pon buat keputusan melepaskan kekecewaan aku tu dengan melawat Zoo Taiping.. Hahaha macam budak-budak tapi best jugak pegi tengok binatang-binatang (",).. Lagi pon Zoo Taiping ni berhadapan je dengan Bukit Larut.. So jimatla jugak minyak keta aku nak mencari tempat lain yea tak..


Setelah membayar harga tiket kami pon terus mendapatkan kenderaan khas yang disediakan di hadapan pintu masuk zoo bagi membawa pengunjung meronda-ronda di sekitar kawasan zoo. Buat permulaan ni memang kami tak rancang untuk berjalan kaki.. Penat woo luas tu zoo nya.. Seronok gak naik kenderaan panjang macam keretapi tu hahahaha macam tak penah naik je..


Habis 1 round meronda nek keta panjang tu kitaorg pon start la meronda-ronda berjalan kaki pulak.. Kandang pertama yang kitaorang singgah adalah kandang gajah.. Hahaha bijak tol la gajah ni.. Pucuk-pucuk pokok yang ada kat luar kandang dia pon dia sanggup capai walaupun jauh..


Hahaha tak malu tol gajah neh..(",)
Boleh dikatakan semua kandanglah kitaorang pegi.. Saje menghabiskan masa sebab tak tau nak buat apa lagi.. Layan je la tengok binatang-binatang neh..












Sekali sekala melawat kat zoo ni best jugak kan.. Teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu.. Asal rombongan je mesti pegi zoo.. Takde tempat lain dah huhuhu.. Tapi zaman sekarang lain dah.. Adik-adik aku kalau pegi rombongan je nun Putrajaya.. Cyberjaya.. KLCC.. Masa zaman aku kecik-kecik dulu mana ada lagi semua tu.. Tu yang asik melawat zoo je hehe.. Tapi kat Zoo Taiping ni kalau melawat malam boleh join night safari.. Tengok binatang malam-malam.. Mesti best kan.. Lain kali je lah aku pegi night safari tu tak kuasa nak tunggu sampai malam.. Lagi pon dah petang ni.. Perot pon dah lapar.. Jom kita cari pot makan.. Kat taiping ni mana tempat makan best yea?..




MUZIUM PERAK


Hari ini aku berada di Taiping Perak.. Lama jugak aku dah tak datang sini.. Kalu tak silap aku kali terakhir aku datang ialah pada tahun 2002.. Masa tu aku masih lagi menuntut di UUM Sintok Kedah.. Kebetulan aku ada member yang tinggal kat Kemunting so adala 2 or 3 kali aku datang jalan-jalan kat umah dia.. Suasana dan jalan-jalannya pon dah banyak berubah maklumlah dah dekat 10 tahun tak penah datang lagi sejak abis belajar.. Kali ini kedatangan aku ke Taiping dalam misi jalan-jalan dan ronda-ronda dengan ditemani tunang aku yang tersayang (",).. So dipendekkan cerita destinasi aku yang pertama di Taiping ni ialah Muzium Taiping.. Sapa yang dah penah pegi angkat tangan hehehehe... 


Kedatangan aku kat Muzium Taiping ini telah disambut oleh sebuah patung tembaga yang berdiri megah dibahagian luar muzium dengan terukirnya watak seorang Jeneral Tentera masa zaman pendudukan inggeris kat tanah melayu ni.. Sape nama dia aku dah lupalah huhuhu.. Menurut keterangan yang ada di hadapan patung tembaga ni, dulunya patung tembaga ni diletakkan di sebuah kem tentera dan kemudiannya diserahkan kepada pihak muzium untuk dipamerkan dan dijadikan sebagai bahan tinggalan sejarah.. Kiranya nak bagitau orang ramailah ni pasal Jeneral inggeris dulu.. Ermm pada aku kalau tak kenal pon takpe hehehe..

Galeri pertama yang aku lawati kat dalam muzium ni ialah galeri binatang-binatang.. Ada macam-macam spesis binatang dipamerkan.. Dari yang tinggal rangka sampailah ke bentuk rupa binatang yang sebenar.. Dari yang hidup di daratan hinggalah spesis hidupan air dan lautan.. Dari spesis yang berjalan, merangkak, menjalar dan melompat hinggalah spesis yang berterbangan.. Tapi yang mengagumkan aku, semua spesis-spesis ini bukanlah yang di awet.. Tapi bentuk binatang yang direka menggunakan simen dan tanah liat.. Fuhhh kreatif sungguh orang seni ni.. Sebijik macam binatang hidup.. Sesungguhnya anugerah TUHAN itu amat tak ternilai..

Ni la rupa rangka tapir.. huhu
Ni pulak rangka harimau malaya..
Ular Sawa..
Sorry bukan kawan aku ok....
Seladang..
Burung Hantu..
Semuanya nampak macam real kan (",).. Seterusnya kami pegi pulak ke galeri yang kedua iaitu galeri dimana mempamerkan budaya dan tradisi masyarakat perak dulu-dulu.. Antaranya ialah seni pertukangan logam di mana ia merupakan salah satu daripada pekerjaan utama masyarakat perak dahulu kala.. Terdapat juga model kesenian anyaman warisan Perak dan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu, Cina dan India dalam meraikan sambutan mengikut agama masing-masing..





Kami mengakhiri kunjungan ke Muzium Perak ini dengan melawat galeri yang ketiga dan terakhir dmana ia memaparkan tentang budaya dan kepercayaan masyarakat terdahulu tentang amalan dan gaya hidup serta kepercayaan ritual yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.. Kepercayaan kepada semangat-semangat yang lahir melalui pemujaan, upacara spiritual dan mimpi dan kemudiannya dizahirkan melalui ukiran-ukiran topeng yang di ukir pada kayu dan kemudiannya dipersembahkan dalam satu upacara khas.. Upacara ini dianggap dapat memberikan semangat serta kekuatan disamping memberikan limpahan rezeki kepada kehidupan mereka sehari-hari..



Selain daripada itu, di dalam galeri ini juga ada memaparkan tentang suku-suku kaum orang asli yang terdapat di seluruh tanah semenanjung.. Suku kaum ini berbeza-beza mengikut zon iaitu dibahagian selatan, bahagian timur, bahagian utara dan bahagian tengah semenanjung.. Keunikan masyarakat ini ditonjolkan melalui replika rumah kediaman masyarakat orang asli, kehidupan dan aktiviti seharian mereka seperti berburu dan menangkap ikan.. Dan terakhir sekali adalah penemuan dan penceritaan tentang sejarah awal tembikar di tanah melayu..






Pengembaran aku di Muzium Negeri Perak ini berakhir di sini kerana selepas ini aku bercadang untuk melawat ke satu lokasi yang lain pula bagi memenuhkan aktiviti jalan-jalan sambil meronda aku di daerah Taiping ini.. Kepada yang sesekali datang ke Taiping ini jangan lupa untuk singgah ke Muzium Perak yea.. Sebelum aku mengundurkan diri ada beberapa keping gambar lagi khas buat tatapan korang yea (",)..













- BERBANGGA DENGAN SEJARAH SENDIRI ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGAGUNGKAN BUDAYA BANGSA LAIN-