Sabtu, 4 Februari 2012

KERINGAT YANG DIKERAH

Syukur alhamdulilah segala puji-pujian hanya untuk Allah..

Hari ini berakhirnya satu latihan panjang yang menuntut kesabaran, kecekalan, ketabahan, komitmen, kerjasama, persefahaman dan disiplin semua anggota tidak kira Pegawai, Jurulatih, Staf dan semua Pegawai Kadet di dalam menjayakan Latihan Kem Tahunan bagi tahun 2012 PALAPES Udara UNIMAS.. Latihan ini telah mula dilaksanakan mulai 21 Jan hingga 04 Feb 2012 dengan keanggotan keseluruhan seramai 100 orang Pegawai Kadet dan 22 orang Pegawai Muda..


Sepanjang latihan ini dilaksanakan pelbagai cabaran dan dugaan yang datang secara tiba-tiba.. Namun berkat kesabaran dan komitmen semua pihak alhamdulilah semua cabaran ini berjaya di atasi.. Latihan ini meliputi 2 fasa latihan iaitu Fasa Peringkat Kem dan Fasa Medan dan dilaksanakan selama 15 hari berturut-turut.. Walau bagaimanapun beberapa pindaan jaduan terpaksa dilakukan atas beberapa faktor seperti kekurangan bantuan logistik, bantuan jurulatih dan keadaan cuaca..

Persediaan dari segi mental dan fizikal sangatlah diperlukan oleh Pegawai Kadet dalam melalui fasa latihan yang panjang ini.. Latihan demi latihan perlu dilaksanakan walaupun tempoh rehat yang ada terlalu singkat.. Mengalami kecederaan seperti luka, kaki melecet sudah menjadi perkara biasa dalam latihan.. Jangan biasakan diri dengan kecederaan sekecil itu dijadikan alasan untuk 'skip' latihan.. Bagi Peringkat Senior ini adalah fasa latihan terakakhir sebelum anda bakal ditauliahkan pada julai nanti.. Pada Peringkat Intermediate dan Junior perjalanan anda masih jauh.. Pastikan anda lebih bersedia pada tahun hadapan..

Kita ikuti sedikit sorotan sepanjang latihan ini dilaksanakan..

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Platun Alpha
Platun Bravo
Platun Charlie
Platun Delta
PERTANDINGAN JALAN LAJU 10KM



MERENTAS HALANGAN







KARNIVAL SUKAN











PANDU ARAH





LATIHAN MEDAN













Melihat pada senario kat atas latihan kali ni nampak macam menarik kan.. Tapi ada jugakla yang pancit aspecially junior.. almaklumlah kali pertama dan pendedahan untuk diaorang.. kena belasah skit-skit biasala tu hehehe..buat senior dan intermediate pulak fasa hutan nampak lebih mencabar.. sebelum ni just buat pangkalan hutan je tapi tahun ni dah start kena gali kubu.. tekanan woo main tanah hahaha..nasib baikla sepanjang latihan hutan cuma sekali je hujan turun kalau tak kompem boleh berenang-renang dalam kubu tu..

Apa-apa pon aku ucapkan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Kadet kerana berjaya mengharungi latihan Kem Tahunan kali ni dengan jayanya.. Susah sekejap takpe janji berbaloi dengan ilmu yang ada.. Pengalaman takkan kita dapat kalau tak melaluinya.. Aku sendiri pon latihan masa kadet dulu lebih teruk daripada ni.. Itu la antara kenangan yang tak boleh dilupakan..(",)

Panjang pulak entry kali ni.. oklah aku nk siap-siap malam ni ada dinner penutup latihan kat Rajah Court.. Bleh melantak kenyang-kenyang hehehehe.. ok daaaa...

ASKAR -Azab Sengsara Kau Akan Rasa-


3 ulasan:

  1. salam tuan...
    wah, mantap la PALAPES UDARA UNIMAS...
    Saya bolong, senior kadet UUM...
    apapun, kan lagi best kalau UNIMAS dapat gabung dengan UUM, UiTM shah alam, USM, UIAM, UNISZA, thn dpn UMP, UMSKAL dan sekali UNIMAS dan UiTM Samarahan.
    lagi gempak...
    apapun, dah follow tuan punya beLog...
    lawat2 belog kite..
    suka suki annual camp 2012 pun ada sana...
    salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam.. hajat dihati mmg nak bawak yang sini join sekali dengan semenanjung.. tapi banyak sgt halangannya.. lagipun flight susah nak dapat.. strank ramai..

      Padam
  2. tolence.........
    da sihat da dia......

    BalasPadam