Dah lama rasanya aku tak datang ke negeri Perak ni.. Seingat aku kali terakhir aku datang sini ialah semasa aku berkursus di ILTU Ipoh pada tahun 2007.. Kalau dihitung dah dekat 4 tahun lebih jugak lah kan... Dan kali ini aku datang lagi tapi bukan untuk berkursus tapi BERCUTI..(",) Cuti yang ada pon bukannya panjang so manfaatkannya lah huhu..
Hari ini bermulanya pengembaraan aku kat bumi Perak Darul Ridzuan negeri Aman Jaya ni.. Lokasi pertama aku adalah Kompleks Sejarah Pasir Salak.. Dulu-dulu masa zaman sekolah time subjek sejarah selalu dengar pasal Pasir Salak ni terutamanya berkaitan sejarah pembunuhan Resident yang pertama di negeri Perak iaitu J.W.W. Birch.. Tapi tak pernah terpikir pon nak berziarah.. Alhamdulilah hari ni aku berpeluang sampai ke sana ditemani seseorang yang tersangat istimewa.. Kebetulan pulak memang dia kerja kat Perak ni so ada banyak peluangla aku nak jalan-jalan ronda kat sini hehehehe...
Pasir Salak ni jaraknya dari bandar Ipoh agak jauh jugak la lebih kurang sejam setengah perjalanan.. Tapi kalau tau jalan pendekatnya cepat je boleh sampai (",).. Jom folow percutian aku ni..
Tengok dari Sign Board pon dah boleh tau banyak benda boleh dilawat kat sini kan..
Tempat ni dikenali sebagai 'Watch Tower' atau bahasa melayunya Menara Pemerhati.. Almaklumlah Pasir Salak ni terletak di tepi Sungai Perak so pada zaman dulu-dulu menara pemerhati ni tersangatlah diperlukan bagi memerhati setiap bot-bot atau sampan yang singgah untuk berdagang kat Pasir Salak ni.. Zaman sekarang menara ni pon masih diguna pakai di sesetengah tempat..
Tingginya menara ni.. Letih nak panjat huhuhu...
Jom melawat tempat lain pulak..
Benda ni dikenali sebagai Jam Masa Penunjuk Angin..
Sekarang ni aku nak masuk kat dalam tempat ni pulak iaitu Terowong Sejarah Pasir Salak.. Actually ia bukanlah terowong macam yang korang bayangkan tu.. Ia dalam bangunan jugak tapi sebab apa dia dipanggil terowong sejarah ialah sebabnya kat dalam ni tercatat dan tersimpan semua sejarah-sejarah berkaitan tanah melayu sejak dari awal kesultanan melayu melaka hinggalah kezaman moden sekarang.. Tapi yang paling banyak tentang sejarah Pasir Salak lah sudah tentunya.. Memang very interesting tapi sayangnya kat dalam tu dilarang mengambil gambar.. So tak dapatlah nak show kat korang.. Nak tau datanglah sendiri yea (",)..
Kat dalam Terowong Sejarah ni jugak ada menempatkan Galeri Keris yang mana ia menempatkan pelbagai jenis keris dari seluruh pelusuk kepulauan nusantara ni.. Dengan keris yang pelbagai saiz dari yang sekecik-kecik keris sampaila yang sebesar-besar keris.. Tak caya jom aku tunjuk..
Terowong Sejarah Pasir Salak dan juga Galeri Keris ni pada aku memang antara tempat yang wajib dikunjungi bila kita melawat tempat ni.. Aku memang cukup kagum dan teruja disamping dapat melihat tinggalan sejarah zaman dahulu kala dapatla jugak mempelajari dan mengingati sejarah-sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh sejarah masa lampau.. Tanpa nama-nama besar seperti itu siapala kita pada hari ini..Oleh itu hargailah dan cintailah keamanan yang sedang kita kecapi sekarang ini..
A.D.A.M (Aku Darah Anak Melayu)
Cerita panjang pon tak abis sampai esok.. Let's Show time hehehe
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik dalam negara yang masih banyak belum kita lawati.. Daripada memikirkan untuk melancong ke luar negara apa kata kalau kita habiskan apa yang ada di dalam negara kita sendiri dahulu.. Pada korang yang tertarik nak pergi melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak ni aku mengalu-alukan percutian korang dan nikmati sejarah yang ada di dalam negara kita ini.. Ibarat kata pepatah.. "Hujan Emas Di Negeri Orang Lebih Baik Lagi Hujan Batu Di Negeri Sendiri".. Wallahualam.. Tepuk dada tanya selera (",)
Ok lah sudah 2 jam setengah kitaorang berada kat sini.. So kitaorang nak beredar dahulu sebab ada satu lagi destinasi yang ingin kami tuju.. Dimana tempatnya?... Tunggu dalam entry selepas ini ok.. (",) Assalamualaikum..
eh gmbar saye pon ader hehehehehe~~wlopon panas terik tp sgt besh dpt jenjalan..next time kite p tmpt len plak erk..
BalasPadamhehe mestila ada.. next time kita kemana pulak? (",)
Padammiri....!!!!
BalasPadamtu kat sarawak.. bukan perak huhu
Padamalaa perak xder tmpt besh2 mcm sarawak heheh~~
BalasPadam