Rabu, 8 Februari 2012

EVERYONE CAN DELAY..

Hahaha tajuk ni sebenarnya memang aku tujukan khas buat syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.. Almaklumlah kerap sangat delay nya especially bila time aku yang nak naik.. Selalunya penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur.. Mental woo.. Setakat delay setengah jam tu memang dah biasa sangat.. Tapi penah sekali tu aku kena delay sampai 3 jam.. Korang bayangkan la bila dah masuk dalam lepas imigresen tempat ruang menunggu tu bleh plak delay sampai 3 jam.. Agak-agak boleh kematu ponggong duduk dalam tu..


Tapi bukanla cerita pasal Air Asia yang nak aku celoteh dalam blog ni.. Just selingan je hehehe.. Cerita yang sebenarnya ialah aku nak balik bercuti YAHOOOO... Baru lepas latihan panjang ni sesuai sangatlah kalau pegi berehat yea tak.. Ke mana kita kali ni.. Ipoh la jumpa Awek hehehehe.. Ok lah penerbangan aku kejap je lagi lebih kurang jam 2.30 petang.. Tak sabar pulak rasanya nak cepat-cepat sampai ipoh..

Sebelum aku pegi check in tadi adala nak dijadikan cerita sikit.. Air Asia ni kan banyak sangat charge yang menambah-nambah.. Aku ingatkan Self Check In ni boleh ikut suka aku je bila-bila nak check in walaupun dah last minit.. Rupa-rupanya self check in ni cuma boleh buat paling lewat sejam je dari waktu penerbangan.. Yang aku pulak sampai airport terlewat skit so kurang la dari sejam.. Tengah kalut nak check in kat kiosk tu tekan-tekan tak boleh.. Hampas tol sudahnya kena gak check in kat kaunter.. Lebur RM10 tak pasal-pasal hahaha padan muka aku sape suh lambat lagi.. Tapi aku pon mana nak tau kena check in awal gak walaupun kat kiosk.. Pengajaran (",)


Tu dia siap bagi bukti lagi boarding pass aku hahahaha.. ok lah dah nak naik flight ni.. Cau cincau.. Selamat tinggal Sarawak untuk sementara waktu.. Jumpa lagi 13hb ok.. Tataaa....



2 ulasan: