Rasa-rasanya ramai yang tak tau yang aku ni suka membaca novel.. Tapi bukan semua novel yang aku baca yea.. Lagi-lagi novel cinta memang aku tak layan.. Bukan apa kadang-kadang kat bilik tu tak tau nak buat apa.. Nak tengok TV selalu sangat program yang ditayangkan tak menarik minat aku nak menonton.. Lagi-lagi la dok kat Sarawak ni.. Berapa channel sangatla yang ada.. TV1, TV2, TV3 ngan NTV7.. Kalau ada ASTRO tu lain la cite.. Nak pasang pon aku ni bukannya jenis layan tv sangat.. Kang membazir je.. Kebanyakkannya tv yang tengok aku bukan aku tengok tv hahahaha.. So nak mengelakkan kebosanan tahap melampau melanda aku ni so aku baca-baca la novel mana yang ada..
Dalam banyak-banyak penulis novel cuma sorang penulis ni je yang aku paling minat.. Genre dia ialah THRILLER.. Haa korang mesti tau sape penulis tu kan.. Sudah semestinya la RAMLEE AWANG MURSHID.. Mantap wooo memang layan habisla kalau baca.. Tapi ada jugak orang yang tak boleh nak paham cerita yang dia tulis dalam novel-novel dia ni termasuklah TUNANGANKU hehehehe.. Jangan marah yea baby (",).. Kalau baca novel-novel dia ni kena banyak pikir skit sebab kalau mula-mula baca memang susah nak paham.. Ada satu buku tu tajuk dia 'Mandatori'.. Dah setengah buku aku baca baru nak paham.. Hahaha mencabar tol tapi menarik...
Setakat ni aku dah ada kesemua koleksi-koleksi novel penulisan penulis ni.. Tapi sayangnya 2 daripadanya dah hilang.. sedihnya.. Tu la bahana kalau bagi pinjam pada orang yang tak jujur.. Kalau dah pinjam tu paham-paham je la.. Dah baca pulangkan balik.. Ish terok tol la.. Nak tengok koleksi novel aku? Jom tengok kat gambar bawah ni..
Sekarang ni aku tengah nak menghabiskan novel dia yang latest.. Tajuknya FIKSYEN 302.. Novel ni boleh tahan gak mencabarnya.. Macam biasala kena banyak fikir huhuhu.. Thanks to My Fiancee sebab hadiahkan novel ni (",).. Love U Soo Much.. B jaga novel ni baik-baik tak bagi hilang lagi ek hehehe..
Korang pon mesti ada minat baca novel kan macam aku.. Cuma mungkin tak sama dengan novel yang aku minat ni walaupun sebenarnya ramai yang minat.. Especially pompuan.. Tapi la kan agak-agak aku mesti korang pelik kan bila leaki suka baca novel.. Hahaha nak buat macam manakan dah minat aku.. Ni pon korang takkan tau kalau aku tak cite (",)..
Oklah aku nak teruskan pembacaan.. Sambil-sambil tu jemput minum hot coklat (",).. Sebenarnya tadi aku stop kejap sebab dah rasa ngantuk.. Kalau aku teruskan jugak kompem aku lena awal malam ni hahaha... Jumpa lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan