Jumaat, 17 Februari 2012

BUMI KENYALANG BAKAL KU TINGGALKAN


Hari ini tanpa disangka-sangka aku telah menerima satu berita yang agak mengejutkan.. Walaupun memang telah ku duga dan sememangnya menjadi keinginan aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini nampaknya kini ia bakal menjadi kenyataan.. 

Sedang aku leka menyiapkan laporan latihan kem tahunan yang lepas untuk dibawa ke mesyuarat di Kuala Lumpur dalam masa 2 minggu lagi.. Aku telah menerima sehelai kertas melalui perutusan semboyan (ATM) yang mengkhabarkan berita gembira buat aku walaupun ianya datang secara kejutan.. Yea benar.. Perutusan semboyan itu telah membawa khabar bahawa aku bakal ditukarkan ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.. Sukur alhamdulilah doaku di makbulkan Allah..

Setelah 8 tahun aku bertugas di bumi kenyalang ini pelbagai cabaran dan dugaan telah aku tempuhi.. Banyak kenangan suka dan duka yang telah aku lalui di sini..  Penghijrahan aku ke bumi kenyalang ini atas tuntutan tugas telah menempatkan aku di 2 buah IPTA iaitu UiTM Kampus Samarahan dan UNIMAS yang aku kira seperti mengembalikan zaman pengajian aku di universiti.. Melatih dan mengajar pelajar-pelajar IPTA yang berminat dalam bidang ketenteraan sememangnya sudah sebati dengan diri aku..

Masih teringat lagi seawal aku mula ditempatkan disini iaitu pada mei 2004, bumi Sarawak terlalu asing buat aku.. Aku datang tanpa ada teman.. Tanpa aku kenal sesiapa disini untuk aku memohon pertolongan kiranya aku berada di dalam kesusahan.. Syukur alhamdulilah setiap kesusahan itu berjaya aku harungi dengan sabar dan berkat kesabaranku itu juga aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini..

Aku tidak berminat untuk menceritakan kesemua kenangan lampau sepanjang aku berada dibumi kenyalang ini.. Cukuplah sekadar ia menjadi kenangan buat diri aku sendiri dan akan aku abadikan sebagai koleksi perjalanan hidup aku.. Buat semua pelatih-pelatih dan bekas pelatih yang pernah aku curahkan ilmu, sebagai insan biasa aku ingin menyusun sepuluh jari seandainya selama aku melaksanakan tugasku terdapat banyak kekhilafannya.. Aku juga manusia takkan lepas daripada melakukan sebarang kesilapan.. Sebagai orang yang lebih dewasa dan pernah melalui zaman remaja di kampus seperti kalian, aku amat berharap agar kalian tidak mengabaikan pelajaran.. Ingin berseronok boleh tapi ada batasannya.. Harus diingat kedatangan kalian ke universiti membawa matlamat dan harapan orang tua untuk melihat kalian berjaya.. Berjaya membawa pulang segulung ijazah dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan.. Air mata kegembiraan seorang ibu dan ayah itu lebih berharga dari air mata kerana kegagalan anda menjadi manusia seperti yang diimpikannya..

Seperkara lagi, Walaupun aku bakal ditukarkan dalam masa terdekat ini, InsyaAllah berkemungkinan aku akan kembali lagi ke sini buat seketika bagi menyelesaikan tugas-tugasku yang terakhir.. Diharap kita akan berjumpa lagi dilain masa dan aku sentiasa mendoakan kejayaan kalian di dunia dan di akhirat.. InsyAllah

Sayonara...



1 ulasan:

  1. selamat kembali semula ke tanah air..saya tunggu kamu di sini(",)

    BalasPadam