Jumaat, 3 Februari 2012

WHEN I WAS


Menceburi bidang ketenteraan sebagai satu kerjaya pada mulanya bukanlah menjadi keutamaan dalam diri aku.. Hati aku mula meminati bidang ini sebermulanya aku melangkahkan kaki ke sebuah IPTA di utara semenanjung.. Pada permulaan hari mendaftarkan diri ke IPTA tersebut hati aku merasa terpanggil untuk menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau lebih dikenali sebagai PALAPES iaitu satu badan ko-kurikulum dimana ia melatih bakal-bakal pegawai sukarela ATM sebagai Pegawai Simpanan. Pada Ketika itu PALAPES Udara adalah menjadi keutamaan aku disebabkan beberapa faktor antaranya ingin mengenali apa itu TUDM, bagaimana bentuk-bentuk latihannya dan mencari kelainan kerana sepanjang zaman persekolahanku di peringkat menengah hanya terdedah kepada Tentera Darat sahaja..

Di Awal Pembabitan Aku Sebagai Pegawai Kadet

Pada peringkat awal latihan Skuad aku terdiri daripada 15 orang.. Walau bagaimanapun jumlah ini mulai berubah dari bulan demi bulan.. semester demi semester dah akhirnya hanya seramai 13 orang sahaja yang berjaya menamatkan latihan dan seterusnya ditauliahkan dengan pangkat Lt Muda PSSTUDM oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada ketika itu Tuanku Syed Sirajuddin.

Banyak kenangan pahit dan manis yang terpahat kekal dalam ingatanku sehingga hari ini semasa aku menjalani latihan sepanjang 3 tahun bergelar Pegawai Kadet.. Dimarah..Diherdik..Dimaki.. Dihukum dengan bermacam-macam jenis hukuman.. Siapa menduga bakal dihukum PushUp di atas tar jalan yang panas pada ketika tengahari matahari rembang terpacak atas kepala.. Siapa sangka akan dipaksa berguling diatas tar sejauh lebih kurang 500 meter ulang alik.. Siapa sangka terpaksa menahan herdikan dan kata-kata kasar jurulatih pagi-pagi buta jam 6 pagi mengatakan kita sarapan biawak, babi dan sebagainya.. Siapa sangka  terpaksa berenang-renang di dalam longkang yang airnya kotor dan berbau.. Siapa sangka terpaksa berpandu arah di dalam hutan 26km siang dan malam dengan hujan dan panas hingga terpaksa tidur dimana-mana saja.. SIAPA SANGKA?? Ermm kalau nak diceritakan siapa sangka sampai esok pon blom tentu habis.. Tapi aku berbangga kerana dengan bentuk latihan seperti itu menjadikan aku lebih berdisiplin, matang, lebih menghormati dan bekerjasama dalam satu pasukan.. Aku Sayang Skuad Aku..

Apa yang lebih menyeronokkan lagi, sepanjang 3 tahun aku menjalani latihan banyak tempat yang aku dah pergi.. Bukan semata-mata lawatan sosial tetapi demi menjalani latihan.. Aku pernah latihan di Kolej Tentera Udara.. Aku pernah latihan di TUDM KL.. Aku pernah latihan di TUDM Kuantan.. Aku Pernah Latihan di TUDM Butterworth.. Aku penah latihan di TUDM Bukit Jugra.. Pernah masuk hutan Sungai Lembing Kuantan, hutan Semenyih, hutan Morib Banting, hutan Bukit Wang Jitra.. Dan yang paling best sepanjang 3 tahun tu 6 kali aku dah naik pesawat C-130 Charlie TUDM hahahaha...

Aku rindu kenangan disaat bersama skuad-skuad ku.. Susah senang kami sama-sama hadapi tak kira semasa latihan atau diluar latihan.. Berkawad bersama-sama, berguling bersama-sama, bergaduh dengan senior sama-sama, melancong sama-sama.. Ermm semua tu kini hanya tinggal dalam kenangan..
























































































* Memories Remain 1999 - 2002.. 

Dedicated For All Skuad 11 Series 99/02 UUM AirForce ROTU:
1.   Arrizal Zakaria
2.   Afzanizam Alias
3.   Mohammad Hidhir Abdul Ghani
4.   Naza Patha Alharkan Abdul Majid
5.   Mohd Zafri Daud
6.   Shahrulnizam Othman
7.   Hasrul Nizam Othman
8.   Wary @ Larp A/L Chum @ Num
9.   Pasupathy A/L Nallalapan
10.  Noor Shana Md Nor
11. Syahada Adam
12. Siti Rohani Ishak
13. Jamilah Mohd Khairi

P/S  Itulah serba sedikit pengalaman dan kenangan aku sepanjang bergelar Pegawai Kadet.. Kalau nak diceritakan semuanya memang panjang.. Tapi cukuplah sekadar beberapa keping gambar sebagai pengubat kenangan lalu.. Dan kini aku meneruskan minatku di dalam perkhidmatan Tentera Udara DiRaja Malaysia sebagai kerjaya tetap sehinggalah kini.. Aku mendoakan agar semua skuad-skuad ku berjaya di dalam bidang-bidang yang diceburi dan beroleh keberkatan dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.. Amin


2 ulasan: