Jumaat, 10 Februari 2012

HANTU DALAM BOTOL KICAP... HAMBAR



Aku baru je balik dari menonton wayang cerita Hantu Dalam Botol Kicap kat Ipoh Parade.. Secara peribadinya aku mengklasifikasikan cerita ni sebagai hambar.. Sebab apa pendapat aku kata macam tu? Sebab aku merasakan jalan cerita ni seolah-olah huru hara.. Dari awal sampai ke penamat aku tak rasa feel dan sangat merapu.. Aku try la jugak nak rasa happy n syok menonton cerita ni tapi memang tak boleh.. Tah nape aku gelak pon skit-skit je tu pon sebab watak bukan sebab jalan ceritanya.. 

Kalau dilihat pada tajuk cerita memang aku tak nafikan pada mulanya memang aku teruja sangat nak tengok.. Sejak dari Kuching lagi aku dah memang plan nak tengok cerita ni.. Maklumlah cerita ni baru je realest semalam 9hb.. Tapi tu lah mengecewakan.. Penonton kat panggong pon tak ramai.. Banyak beno seat kosong..


Tengok pada iklan macam best.. Dalam bayangan aku mesti ceritanya best macam cerita jangan pandang belakang congkak atau sewaktu dengannya.. Tapi dah menonton rasa tak berbaloi pulak.. Korang jangan banned aku pulak yea sebab tu cuma pendapat peribadi aku je yang dah menonton kat panggong pada hari kedua ditayangkan.. Pendapat korang mesti lain punya kan.. So pada yang kurang pasti atau tak puas hati ngan pendapat peribadi aku tu pergilah menonton sendiri dan nilaikan sendiri ok..(",)

Sekadar Gurauan huhuhu..



4 ulasan:

  1. hmm xleh nk gelak lgsg..xder modal nk gelak wat rugy jer..ni lah kalo tgk cite melayu xder kualiti lgsg..kuantiti lebeh penting adeih~~pelakon n skrip mcm xkena jer xleh blah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe David Teoh punya target filem memang macam tu pon..

      Padam
  2. david teoh kot yg produce xkn hampeh mcm tuh~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. company dia kan ada target dalam sebulan mesti keluarkan sekurang-kurangnya 5 filem.. so maybe dari situ dia terlupa nak jaga kualiti.. MAYBE..

      Padam