Dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas kami melawat ke Kompleks Sejarah Pasir Salak tu kami sempat singgah sebentar di Kellie's Castle.. Satu lagi tempat menarik yang rugi kalau tak singgah.. Istana lama atau istana tinggal ni merupakan bekas kediaman saudagar inggeris yang terkenal di Perak pada suatu ketika dulu.
Pada ketika kami sampai di Kellie's Castle cuaca seolah-olah menangisi kehadiran kami.. Dengan kepulan awan hitam yang sedang berarak meliputi istana lama ini, angin yang bertiup seperti ingin menyejukkan badan kami yang tengah hangat dek panas pada mulanya cukup memberikan satu panorama indah untuk kami nikmati.. Dengan bayaran tiket hanya RM4 kami pun melangkah masuk ke dalam kawasan istana lama ini dengan satu matlamat iaitu mengenali dan menghayati panorama indah bekas tinggalan istana lama ini.
Sebelum kami melangkah masuk ke dalam bangunan istana lama ini aku secara tiba-tiba terpandang kepada sebatang pokok yang pada aku cukup menarik perhatian.. Di bawah sepohon pokok tidak berdaun tertera papan tanda menyatakan ia adalah sebatang 'POKOK BERUANG'.. Hati aku tertanya-tanya pokok pemujaan ke ni.. Mana ada beruangnya kat pokok tu.. Owh rupa-rupanya dibahagian pangkal pokok tu terdapat seolah-olah berbentuk muka beruang.. Hahahaha buat suspen aku je pokok ni.. Korang pecaya tak?
Ada nampak macam rupa beruang tak kat batang pokok tu? |
Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam bangunan istana lama ini hujan lebat pun mulai turun.. Suasana mulai menjadi suram dan sedikit gelap.. Terdetik jugak dalam hati aku perasaan seram almaklumlah masa tu pon jam dah menunjukkan pukul 5 petang.. Tapi perasaan tu lama-kelamaan beransur hilang apabila aku sudah mula membiasakan diri dengan suasana suram istana tinggal ini.. Kebetulan juga pada masa tu masih ada lagi pengunjung yang belum pulang akibat terkandas dek hujan lebat termasuklah 2 pasangan pengantin yang sedang asik bergambar berlatar belakangkan istana lama ini..
Pemandangan dari luar dan dalam istana ini memang cukup menarik.. Dengan bentuk binaan bercirikan inggeris serta ruang-ruang yang luas membuktikan kekayaan si penghuninya..
Hujan lebat turun semakin mencurah-curah.. Aku mulai meng ekspolasi keseluruhan bangunan tinggalan ini.. Basah jugala sedikit terkena tempias hujan terutamanya ketika ingin naik ketingkat atas.. Bangunan Kellie's Castle ini keseluruhannya adalah setinggi 3 tingkat manakala menaranya adalah setinggi 4 tingkat.. Tingkat bawah digunakan sebagai ruang, makan, ruang rehat, stor dan lain-lain kegunaan manakala tingkat kedua dijadikan sebagai bilik tidur keluarga serta anak-anaknya yang turut dilengkapi laluan tangga rahsia yang boleh digunakan semasa kecemasan. Manakala tingkat ketiga dan menara dikhususkan bagi bilik-bilik penginapan tetamu-tetamu terhormat keluarga ini..
Peluang untuk datang kesini mungkin cuma sekali.. Oleh kerana itu tanpa menghiraukan keadaan cuaca yang sedang hujan aku gagahkan diri jugak merakamkan kenangan di atas bumbung istana lama ini hahaha.. Basah pon basah lah janji puas hati (",)...
Nampaknya masa cukup mencemburui aku.. Tup-tup jam ditangan dah menunjukkan jam 6.30 petang.. Nampaknya kami terpaksa jugak beredar sekarang kerana waktu sedang beranjak menuju ke senja.. Orang tua-tua kata tak elok berada senja-senja ditempat tinggalan dan sunyi seperti ini.. Nanti banyak yang mengikutnya.. Wallahualam..
Dalam perjalanan keluar dari kawasan tinggalan istana lama ini sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar lagi buat kenang-kenangan..
Cukup menarik dan cantik istana tinggalan ini kan.. Untuk tambah lagi menarik aku sajikan lagi gambar-gambar kenangan aku kat Kellie's Castle ini bersama tunang aku untuk tatapan dan kejelesan korang hahaha..
Tepat jam 6.45 petang kami pon mula bergerak balik menuju Ipoh.. Kawasan bersejarah tu kami tinggalkan dengan seribu kenangan.. InsyAllah jika berkesempatan mungkin boleh datang melawat lagi.. Mungkin bersama anak-anak pula hehehehe.. AMIN...
Sedang dalam perjalanan balik tu tiba-tiba perutku mulai menyanyikan lagu keroncong tanda kelaparan.. Aduh rupanya kami belum lagi makan.. Hahaha apa yang terbit di benak fikiranku waktu ini mesti sudah terbayangkan oleh korang kan.. Jom ikut kemana pulak kami nak singgah bagi mengisi perut yang sedang kelaparan ni dalam entry seterusnya (",)...
i've been here...n i hv this very nice sightseeing picture.........i will tag u guys name.....
BalasPadam