Tragedi berdarah ni berlaku pada tanggal 15 Dis 2010 pada ketika aku sedang mengendalikan Latihan Kem Tahunan bagi Pegawai Kadet PALAPES Udara UNIMAS dan UiTM Sarawak bagi tahun 2010.. Pada hari kejadian kenderaan Trak 3 ton yang dinaiki oleh salah seorang Pegawai Muda Pelajar UNIMAS dan Staf Pembantu Perubatan telah mengalami kemalangan yang menyebabkan salah seorang darinya mengalami kecederaan dalaman yang agak parah..
Pergerakan kumpulan pendahuluan yang diketuai oleh aku sendiri memulakan perjalanan daripada Markas PALAPES UNIMAS pada jam 0830 pagi dengan menaiki 3 buah trak 3 ton dan 1 buah kenderaan awam secara berkonvoi menuju ke Hutan Krokong di daerah Bau.. Disebabkan keadaan trafik pada pagi itu agak sibuk maka kenderaan awam yang aku naiki bersama seorang lagi staf ku telah terpisah dengan kenderaan trak 3 ton yang berada dihadapan dengan berselang lebih kurang 5 kenderaan pengguna lain.. Setibanya disatu selekoh berhampiran Kampung Durian kenderaan kami telah tersekat disebabkan banyak kenderaan dihadapan berhenti seolah-olah ada sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak polis..
Setelah mengamati apa yang sedang berlaku dihadapan, secara tiba-tiba aku dan staf ku telah terlihat kelibat pelatih-pelatih ku turun dari kenderaan 3 ton yang dinaiki dan berkumpul ditepi jalan.. Mengesyaki sesuatu yang buruk sedang berlaku maka aku tanpa berfikir panjang terus keluar dari kenderaan yang aku naiki dan terus berlari menuju ke kenderaan 3 ton yang berada dihadapan bagi melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku.. Setibanya ditempat kejadian aku benar-benar terkejut apabila mendapati kenderaan 3 ton tersebut telah mengalami kemalangan yang agak teruk di bahagian hadapan akibat melanggar sebuah lori mengangkut batu bata yang berada dihadapannya berhampiran jambatan Kampung Durian.. Ya ALLAH lulur jantungku buat seketika kerana tergamam melihat apa yang sedang berlaku dihadapan mata ku sendiri.. Tambah menyedihkan lagi apabila aku terpandang kedua-dua penumpang kenderaan 3 ton tersebut sedang mengerang kesakitan akibat tersepit di tengah-tengah himpitan 3 ton yang sedang remuk..
Beginilah keadaan semasa kejadian tersebut berlaku..
Syukur alhamdulilah selang 15 minit selepas kejadian bantuan kecemasan daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba tiba dan usaha menyelamatkan giat dilakukan.. Bersyukur juga aku kehadrat Illahi kerana menyelamatkan mereka berdua tanpa melibatkan sebarang kematian..
Sesungguhnya inilah pengalaman pertama aku sejak mengendalikan latihan selama 8 tahun mengalami situasi genting begini.. Pada mulanya terbit rasa kesal dan bersalah bila aku mengenangkan keadaan mereka.. Tapi aku tetap percaya sesuatu kejadian itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya.. Kini mereka berdua telah semakin pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun salah seorang daripadanya mengalami kecacatan dalaman yang kekal..
Tahun 2012 ini mulai 21 Jan hingga 04 Feb iaitu hari entry ini ditulis aku baru sahaja selesai melaksanakan latihan yang sama dan ditempat yang sama ketika kejadian tersebut berlaku.. Alhamdulilah kami tidak mengalami sebarang masalah dan keseluruhan latihan dapat dilaksanakan dengan baik.. Bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang sama daripada berulang maka aku telah mengambil keputusan menggunakan laluan lain yang aku fikirkan lebih selamat untuk menuju ke kawasan latihan.. Segala pujian bagi ALLAH yang melindungi kami sepanjang mengendalikan latihan ini.. ALLAH HU AKBAR..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan